‘Hawkeye’ Avengers Jeremy Renner cedera, kini dalam keadaan kritikal tetapi stabil

‘Hawkeye’ Avengers Jeremy Renner cedera, kini dalam keadaan kritikal tetapi stabil

BINTANG Avengers yang membawakan watak Hawkeye dalam Avengers, Jeremy Renner kini sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan serius ketika membersihkan salji, kata wakil pelakon itu pada Ahad.

“Kami boleh mengesahkan Jeremy berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil selepas kecederaan dialami dalam kemalangan berkaitan cuaca semasa membersihkan salji awal pagi tadi,” kata wakil pelakon itu kepada majalah hiburan, Variety.



Menurut laporan itu lagi, keluarga Renner kini sedang bersamanya dan pelakon itu menerima penjagaan yang sangat baik.

Renner, 51, memainkan watak adiwira popular Hawkeye/Clint Barton dalam francais Marvel, mendiami sebuah rumah di Washoe County, Nevada selama beberapa tahun.

Begitupun, tidak dapat dipastikan lokasi beliau mengalami kecederaan itu, sama ada di rumah atau mungkin di lokasi lain.

Menurut akhbar Reno Gazette-Journal, kawasan itu di utara Nevada menerima salji lebat akibat ribut pada malam tahun baharu.

Selain menjadi Avenger, Renner juga dua kali dicalonkan dalam Anugerah Oscar, memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ketika berlakon dalam filem The Hurt Locker dan dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem The Town.



The Hurt Locker membantu menaikkan namanya yang selepas itu terus terkenal dengan pelbagai naskhah lain termasuk Arrival, American Hustler, 28 Weeks Later, The Bourne Legacy dan dua filem dalam siri Mission: Impossible.

The Avengers pada 2012 mengukuhkannya sebagai sebahagian daripada impian besar Marvel, dengan wataknya muncul dalam beberapa sekuel dan mendapat siri Disney+ sendiri, Hawkeye.

Renner kini membintangi siri Taylor Sheridan, Mayor of Kingstown, yang akan mula bersiaran musim kedua bulan ini. Mail Online

‘Hawkeye’ Avengers Jeremy Renner cedera, kini dalam keadaan kritikal tetapi stabil



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]



InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker