Sambutan Tahun Baharu bandar di Sydney dicemari rempuhan [VIDEO]

SYDNEY – Sambutan Malam Tahun Baru 2023 di bandar raya Sydney, Australia dicemari dengan tindakan sekumpulan orang ramai yang merempuh penghadang sehingga mengakibatkan keadaan menjadi huru-hara, lapor portal berita MailOnline semalam.

Rakaman kejadian memaparkan orang ramai yang berada di Argyle Street, bandar The Rocks menjerit apabila sekumpulan pengunjung berjalan melepasi penghadang.

Ibu bapa yang hadir terpaksa mengangkat anak-anak kecil di atas kepala mereka kerana khuatir dipijak dalam keadaan huru-hara itu.

Bencana hampir berlaku selepas segerombolan orang yang bersuka ria mula menerobos penghadang untuk ke laluan bertiket bagi menyaksikan pemandangan bunga api yang lebih jelas.

“Ia benar-benar menakutkan, sangat berbahaya dan saya fikir akan cedera teruk.

“Orang ramai memijak saya ketika berada di atas tanah bersama kira-kira 12 yang lain. Ada yang berlari di atas saya.

“Saya hilang langkah apabila ditolak ke atas tanah dan jatuh di atas dua pengunjung lain,” kata seorang lelaki yang terperangkap dalam adegan itu.

Tambah lelaki yang tidak mahu namaya didedahkan itu, kejadian tersebut amat menakutkan memandangkan insiden yang berlaku dua bulan lalu di Seoul, Korea Selatan, di mana seramai 196 orang terbunuh pada malam sambutan Halloween.

Skuad Ketenteraman Awam dan Rusuhan dari Balai Polis New South Wales kemudian dikerah ke lokasi tersebut untuk mengawal keadaan. Masih belum diketahui sama ada terdapat sebarang kecederaan.

“Beberapa tempat tumpuan di sekitar bandar itu telah melepasi kapasiti menjelang lewat petang kerana lebih 200,000 orang pergi ke kawasan bandar dan pantai sebelum pertunjukan bunga api pada pukul 9 malam dan tengah malam,” kata polis dalam satu kenyataan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker