Cubaan terjun Jambatan Sultan Yahya Petra, wanita tertekan [VIDEO]

KOTA BHARU – Seorang wanita yang dipercayai tertekan akibat masalah rumah tangga membatalkan niatnya untuk terjun ke Sungai Kelantan menerusi Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini selepas sejam dipujuk anggota bomba.

Orang awam yang melalui kawasan tersebut melihat wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu berada di tepi pagar jambatan berkenaan kira-kira pukul 2 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.03 petang.



Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, wanita terbabit yang dipercayai seorang penjawat awam sedang berdiri sambil melihat ke arah sungai.

“Anggota bomba mengambil masa selama sejam untuk memujuk wanita itu dengan mengajaknya ke kawasan lain untuk berbincang.

“Wanita terbabit mengadu dia mempunyai masalah rumah tangga terus memberi kerjasama sebelum menaiki keretanya yang ditinggalkan tidak jauh dari jambatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Ahmad Fakaruddin, selepas keadaan wanita itu dapat dikawal, anggota bomba kemudian menghubungi keluarga mangsa supaya datang mengambilnya sebelum dia dibawa pulang ke rumah keluarga.



Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest



Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker