Kisah sebenar penampakan UFO di Korea Selatan baru-baru ini

Wap berwarna yang menakutkan menyebabkan ratusan penduduk Korea Selatan mempersoalkan sama ada makhluk asing telah menceroboh negara. – Daily Star

SEOUL – Korea Selatan mendedahkan bahawa kejadian ‘penampakan objek terbang tidak dikenali UFO baru-baru ini sebenarnya adalah satu bentuk roket baru yang sedang dibangunkan oleh negara itu, lapor akbar Daily Star semalam.

Media sosial dihebohkan dengan keterujaan orang ramai yang mendakwa telah melihat sebuah objek melambung tinggi di udara dengan meninggalkan jejak wap berwarna pelangi dan lampu misteri.

Khabar angin penampakan makhluk asing telah tersebar, tetapi pihak tentera kemudian mendakwa mereka adalah ‘dalang’  di sebalik objek misteri itu.

Kejadian itu berlaku disebabkan ujian roket yang dilancarkan ke langit, dengan Kementerian Pertahanan mendakwa ia adalah satu bentuk roket baharu.



Bentuk roket yang tidak diumumkan itu membolehkan pengawasan dari angkasa lepas dijalankan dan  memberi peluang kepada Korea Selatan untuk memperkukuh pertahanannya.

Seorang pengguna Twitter berkata: “Apakah ini? Adakah ini UFO? Saya takut.”

Susulan kejadian itu, pegawai kecemasan Korea Selatan menerima beratus-ratus laporan daripada penduduk yang bimbang tentang prospek kehidupan makhluk asing di Bumi.

Situasi panik berlaku kerana tiada penduduk dimaklumkan mengenai pelancaran itu bagi tujuan keselamatan. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker