Bersatu berkeras mahu Speaker isytihar kekosongan 4 kerusi parlimen

 

Bersatu hari ini menuntut Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul supaya mengisytiharkan kekosongan di empat kerusi milik Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee berkata Johari telah dimaklumkan secara bertulis pada 21 Dis dan mesti bertindak mengikut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.

Kiandee berkata parti itu telah menjelaskan kepada Johari bahawa empat ahli parlimen – Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang) – telah tidak lagi menjadi ahli Bersatu pada Nov. 19.

Ini, katanya, memandangkan kempat-empat ahli parlimen itu telah ‘crossing the floor’ dengan menyertai dan duduk di blok yang tidak menyokong Bersatu dan ini melanggar janji pilihan raya mereka kepada para pengundi.

“Akibat daripada itu, keahlian mereka sebagai anggota parti Bersatu telah gugur mengikut perlembagaan parti. Justeru, menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan, ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan kerusi mereka hendaklah dikosongkan.

“Selanjutnya telah dipohon jua kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya perkara ini dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan notis bertulis supaya proses pilihan raya dapat diatur bagi mengisi kekosongan tersebut,” katanya.

Pada 10 Dis lalu, kepimpinan Bersatu Sabah dan semua ahli parlimennya mengisytiharkan bahawa mereka akan berpisah dengan parti itu.

Ini membawa kepada dakwaan bahawa empat ahli Parlimen yang bertanding atas tiket GRS semasa menjadi ahli Bersatu hilang kelayakan mereka di bawah undang-undang “anti-lompat” parti.

Bagaimanapun, telah dipastikan bahawa keempat-empat mereka adalah ahli GRS dan juga Bersatu pada masa mereka dipilih.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker