Zuraida akhirnya dipecat PBM

Parti Bangsa Malaysia memecat Zuraida Kamaruddin yang dikatakan bakal presiden parti itu dan sepuluh anggota lain.

Ini di tengah-tengah pertikaian kepimpinan dengan presiden pengasas PBM Larry Sng.

Sementara itu, timbalan presiden PBM Haniza Talha dan ketua wanita Daroyah Alwi telah dilucutkan jawatan tetapi kekal sebagai ahli parti.



Pemecatan itu berlaku selepas Zuraida dan sekutunya tidak menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada mereka pada 19 Dis..

Kenyataan unit penerangan PBM berkata jawatankuasa disiplin parti itu memutuskan untuk menamatkan keahlian mereka berkuat kuasa serta-merta.

Ketika dihubungi, Sng berkata Haniza dan Daroyah terhindar daripada pemecatan kerana PBM tidak mahu menggalakkan lompat parti.

“Mereka Adun (Selangor) yang dipilih. Dengan undang-undang antilompat yang diluluskan di Selangor, kita tidak mahu dilihat menggalakkan mereka melompat ke parti lain,” katanya kepada Malaysiakini.



Undang-undang antilompat parti Selangor mengikut versi persekutuan, yang memperuntukkan seorang wakil rakyat kehilangan kerusi mereka jika mereka meletak jawatan atau bertukar parti.

Bagaimanapun, mereka akan terhindar daripada peruntukan hukuman itu jika mereka dipecat daripada parti.

Antara yang dipecat ialah setiausaha agung PBM Nor Hizwan Ahmad (gambar, atas), ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid, tiga naib presidennya dan ketua pemuda parti Na’im Brundage.

Perhimpunan Agung Tahunan PBM pada awal Oktober telah memutuskan bahawa Zuraida – yang dianggap bakal presiden parti – secara rasmi akan mengambil alih kepimpinan parti daripada Sng.



Langkah itu kemudiannya diluluskan oleh mesyuarat majlis tertinggi PBM.

Bagaimanapun, Sng menyekat peralihan kuasa itu, berkata dia masih presiden parti menurut Pendaftar Pertubuhan.

Dia kemudian mengisytiharkan mesyuarat majlis tertinggi PBM yang meluluskan peralihan jawatan presiden kepada Zuraida tidak sah dan menggantung jawatannya sebagai pengganti dan 12 anggota parti lain.

Pun begitu, pertikaian mereka diketepikan sementara pilihan raya umum ke-15 berlangsung yang menyaksikan Sng sebagai calon PBM menang kerusi parlimen Julai.



Dalam pada itu, Zuraida dan sekutunya timbalan presiden PBM Haniza Talha (gambar, bawah) kalah PRU15 dengan hilang wang pertaruhan.

Pertikaian itu timbul semula pada hujung minggu lalu dengan Zuraida dan Haniza menuduh Sng menyalahgunakan kuasanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker