Annuar Musa nafi penjualan syarikat ‘cash cow’ TM terbabit dengannya

 

 

Kementerian tidak terlibat dalam keputusan Telekom Malaysia Bhd (TM) menjual anak syarikat yang menguruskan Menara Kuala Lumpur, kata bekas menteri komunikasi dan multimedia  Annuar Musa.

Katanya perjanjian itu melibatkan syarikat tersenarai awam, bukan kerajaan.

“Tiada kaitan dengan menteri komunikasi,” katanya



“Tanya TM, kalau syarikat untung RM25 juta kenapa mereka tak nak, dan kenapa nak bagi orang?”

Rundingan pada 31 Oktober itu kini hangat dibincangkan di media sosial.

Telekom dikatakan menjual 10 juta saham dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.

Sebelum ini, tular dakwaan TM melepaskan pegangan kepada syarikat yang kurang dikenali Hydroshoppe Sdn Bhd.



Ia menimbulkan tanda tanya memandangkan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd adalah syarikat yang amat menguntungkan.

Seorang pengguna Twiiter antaranya mendakwa Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd sudah menjadi cash cow atau perniagaan yang memberikan keuntungan konsisten.

Katanya, syarikat itu membuat untung RM66 juta, dengan RM25 juta untung bersih.

Menurut semakan dengan sistem Suruhanjaya Syarikat, Hydroshoppe didaftarkan pada 2008 dengan modal keseluruhan RM1 juta.



Malaysiakini sudah menghubungi unit media TM dan sedang menunggu maklum balas mereka.

Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil, yang menggantikan Annuar, berkata kementerian akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker