Tidak cukup RM200 punya pasal, majlis pernikahan dibatalkan!

Gambar Hiasan

Seorang bakal pengantin di Palembang, wilayah Sumatera Selatan terpaksa membatalkan perkahwinannya sehari sebelum majlis pernikahan berlangsung selepas diherdik keluarga tunangnya kerana gagal menyerahkan baki duit mas kahwin berjumlah 700,000 rupiah (RM199).

Berdasarkan sebuah hantaran tular di media sosial, kakak kepada calon pengantin lelaki, Elsa berkata, majlis perkahwinan adiknya sepatutnya berlangsung pada 18 Disember lalu.

Keluarga mereka akhirnya membatalkan perkahwinan tersebut kerana dimarahi pihak perempuan kerana gagal melunaskan baki mas kahwin yang dinaikkan secara tiba-tiba.

“Ketika meminang, kedua-dua keluarga bersetuju untuk menetapkan mas kahwin sebanyak 35 juta rupiah (RM9,939), barangan kemas dan wang ‘hadiah’ untuk ibunya bernilai 5 juta rupiah (RM1,419) selain beberapa hantaran.



“Namun, selepas keluarga kami menyerahkan mas kahwin seperti yang telah ditetapkan, keluarga pihak perempuan memberitahu mereka belum mendaftar pernikahan kepada jabatan agama Islam kerana belum cukup 5 juta (RM1,419) untuk diserahkan kepada ibu calon pengantin,” kata Elsa.

Tambah Elsa, keluarga pihak perempuan turut meminta pihak lelaki menyerahkan wang belanja tambahan lain untuk membeli ayam dan mengurus surat nikah berjumlah sekitar 3.4 juta rupiah (RM965.50).

“Menjelang hari pernikahan, calon pengantin perempuan meminta baki wang tersebut yang belum sempat diserahkan. Kami memberikan semua wang itu kecuali 700,000 rupiah (RM199) yang masih belum mencukupi.

“Kami memberitahu mereka bahawa baki wang itu akan diserahkan kemudian namun, mereka memarahi kami,” ujar Elsa.



Enggan menerima alasan itu, calon pengantin perempuan dikatakan menghempas pintu di hadapan ibu bapa tunangnya sambil memarahi mereka.

“Apa yang membuatkan kami terkilan adalah tunang adik saya menghempas pintu di hadapan ibu bapa kami sambil mulutnya tidak berhenti memaki hamun hanya kerana wang yang diserahkan kurang 700,000 rupiah (RM199).

“Kami sekeluarga akhirnya sepakat untuk membatalkan perkahwinan tersebut kerana dilayan begitu oleh keluarga pengantin perempuan,” kata Elsa. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker