Perhimpunan agung khas dalam PAU UMNO khusus untuk pinda perlembagaan parti – SUA

Satu perhimpunan agung khas akan diadakan semasa perhimpunan tahunan Umno bulan depan bagi membuat pindaan pada dua fasal perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata perhimpunan itu akan diadakan selepas ucapan dasar presiden pada 13 Jan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, dan notis untuk perhimpunan itu telah diberikan menerusi surat bertarikh 13 Dis lepas kepada ketua bahagian, setiausaha bahagian serta setiausaha Wanita, Pemuda dan Puteri.

Katanya pindaan itu antaranya melibatkan Fasal 20.11 yang menyebut seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan pada pilihan raya akan gugur keahlian dengan sendirinya, untuk disesuaikan dengan Akta Anti Lompat Parti.



“Dan perkara (lain) yang nak dipinda ialah Perlembagaan Umno, yang dicadang dipinda supaya meletakkan ketua penerangan (bahagian) sebagai mereka yang automatik menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno setiap tahun, yang melibatkan pindaan pada Fasal 8.4,” kata beliau kepada pemberita selepas pertemuan dengan masyarakat setempat Taman Seri Api-Api, di Pontian hari ini.

Beliau berkata dengan pindaan berkenaan ketua penerangan bahagian akan secara automatik menjadi perwakilan untuk perhimpunan tahunan itu, manakala ketua penerangan bagi Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian juga secara automatik menjadi perwakilan kepada perhimpunan tahunan sayap.

Ketika ditanya sama ada terdapat usul berkenaan jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan atau tidak pada perhimpunan agung khas itu, beliau berkata keputusan mengenai dua jawatan tertinggi itu hanya akan diputuskan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas pada 12 Jan 2023 sebelum Perhimpunan Agung esoknya.

“Belum ada sebarang keputusan mengenainya (jawatan presiden dan timbalan) sehingga hari ini. Kita tunggulah (selepas mesyuarat MT),” kata beliau.



PAU 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis 2022, telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Jan 2023.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker