Khairy Jamaluddin Umum Jadi Ahli UMNO Bahagian Sungai Buloh [VIDEO]
“Saya tidak suka tinggalkan begitu sahaja dan saya rasa tidak adil kepada tuan-tuan dan puan-puan.
Khairy Jamaluddin Umum Jadi Ahli UMNO Bahagian Sungai Buloh [VIDEO]
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan bahawa beliau kini sudah menjadi ahli UMNO bagi bahagian Sungai Buloh iaitu kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Khairy yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu memaklumkan mengenai perkara tersebut dalam satu video pendek di akaun TikTok BN Sungai Buloh pada Ahad ketika satu majlis di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Saujana Utama, Sungai Buloh.
[videopress NW7oL15n]Beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan itu berkata, keputusan berpindah itu diambil kerana mahu menyelesaikan urusan yang tertangguh dan menjadikan kawasan itu sebagai kubu buat BN.
“Saya tidak suka tinggalkan sesuatu yg tidak sampai kesudahannya, sebab saya memang yang macam itulah, agak ‘perfectionist’ sikit. Kalau dah kalah itu mesti buat sampai menang.
“Saya tidak suka tinggalkan begitu sahaja dan saya rasa tidak adil kepada tuan-tuan dan puan-puan.
“Saya datang ke sini sebagai calon bidan terjun berprofil tinggi, bila tidak menang lepas itu terus cabut cari tempat lain,” katanya.
Pada PRU lalu, Khairy yang memperoleh 48,250 undi dalam perebutan kerusi Parlimen Sungai Buloh tewas dengan perbezaan majoriti tipis hanya 2,693 undi di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan (PKR) yang meraih 50,943.
Beliau yang merupakan bekas ahli Parlimen Rembau itu meninggalkan kerusi disandangnya selama tiga penggal bermula pada tahun 2008 bagi bertanding di Sungai Buloh pada PRU14 kali ini untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam pada itu, Khairy berkata, keputusan untuk berhijrah di bahagian tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu dahulu dengan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan pemimpin bahagian lain termasuk Datuk Harison Hassan.
“Soal pemilihan nanti kita bincang adik-beradik macam mana nak buat. Yang penting seperti mana saya sebut tadi, saya datang bukan hanya nak bertanding dan kalah terus hilangkan diri.
“Tidak, saya kekal di sini sehinggalah kita menang Parlimen Sungai Buloh,” katanya.
Parlimen Sungai Buloh yang mula diwujudkan pada tahun 2018 itu dimenangi oleh oleh calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah pada PRU14 dengan majoriti 43,631 undi.
Secara tradisinya, kawasan tersebut yang sebelum ini berada di bawah Parlimen Subang itu ditandingi oleh wakil daripada MIC iaitu salah satu parti komponen BN. SH
Khairy Jamaluddin Umum Jadi Ahli UMNO Bahagian Sungai Buloh [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Wanita berbogel turun rai Argentina menang Piala Dunia
- Kes Shahrir tidak lengkap tetapi Tommy Thomas arah dakwa juga – Pegawai SPRM
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- ‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’
- ‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’
- Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
- Mahathir tak yakin kepimpinan Mukhriz?
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
- Pembatalan terhadap saman Tommy Thomas diteruskan Kerajaan Perpaduan
- Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi
Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]