Tanah Runtuh: Anggota bomba masih sebak ketika keluarkan mayat kanak-kanak terakhir
Seorang anggota Bomba dan Penyelamat, AG Mohd Nasharudin Awang Nayan sebak apabila mengeluarkan mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor pada Sabtu.
AG Mohd Nasharudin berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tidak menyangka akan menemui mayat tersebut di lereng bukit, memandangkan tumpuan pencarian adalah di atas dan bawah lereng sektor A (Hillview).
“Salah seorang pegawai Bomba dan Penyelamat yang berada di lereng bukit sedang memantau jengkaut, sebelum ternampak air mengalir di lereng bukit itu.
“Beliau telah memanggil saya bersama rakan sepasukan untuk menggali kawasan itu dengan menggunakan penyodok dengan cangkul,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Sabtu.
AG Mohd Nasharudin yang juga anggota Bomba dari Balai Bomba Petaling Jaya berkata, pasukan SAR kemudian terjumpa beg tidur pada kedalaman tanah 1.5 meter pada jam 4.53 petang tadi.
“Kami berasa sebak dan lega apabila terjumpa mayat kanak-kanak itu lengkap berpakaian dalam keadaan sempurna, namun sudah mula mereput,” katanya.
Mayat kanak-kanak lelaki ditemui dalam ‘sleeping bag’
BATANG KALI – Mayat kanak-kanak lelaki mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm ditemui di dalam beg tidur di sektor A (hillview), di sini pada Sabtu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa ditemui di kedalaman dianggarkan sedalam 1.5 meter.
Menurutnya, kanak-kanak itu ditemui sekitar empat meter daripada tapak asal di mana dia dan keluarganya berkhemah sebelum kejadian pada 16 Disember lalu.
“Salah seorang pegawai kanan bomba mendapati terdapat satu aliran cecair yang pelik di bahagian tebing disyaki cecair mayat.
“Lalu beliau menggali kawasan berkenaan dan menemui ‘sleeping bag’ dan menemui mangsa terakhir yang kita cari-cari ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, mayat kanak-kanak yang dianggarkan berusia antara 7 hingga 12 tahun itu ditemui di sektor A pada jam 4.53 petang.
“Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, masih sempurna tetapi dah mula mereput. Mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Wanita berbogel turun rai Argentina menang Piala Dunia
- Kes Shahrir tidak lengkap tetapi Tommy Thomas arah dakwa juga – Pegawai SPRM
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- ‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’
- ‘Faham-fahamlah pemimpin, kalau banjir pulanglah dari cuti’
- Kalau hebat sangat tubuh parti sendiri jadi Presiden
- Mahathir tak yakin kepimpinan Mukhriz?
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
- Pembatalan terhadap saman Tommy Thomas diteruskan Kerajaan Perpaduan
- Terima kasih Anwar teruskan aspirasi Keluarga Malaysia – Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi
Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.