Mohamad Zahir dilantik Speaker DUN Perak, Tsi Jen Timbalan

Mohamad Zahir dilantik Speaker DUN Perak, Tsi Jen Timbalan

Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak buat kali kedua, berkuat kuasa hari ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15.

Usul melantik Mohammad Zahir dikemukakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (Kota Tampan) dan disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A Sivanesan, yang juga EXCO Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, dengan tiada bantahan oleh ahli Dewan.

Mohammad Zahir, sebelum ini menjadi Speaker DUN Perak sejak Mei 2020, menggantikan Datuk Ngeh Koo Ham. Beliau sebelum ini juga menjawat jawatan EXCO kerajaan Perak di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sementara itu, ADUN Canning, Jenny Choy Tsi Jen (PH-DAP), dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak selepas namanya dicalonkan oleh ADUN Sungai Rapat, yang juga EXCO Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Usul Mohammad Nizar mencadangkan Tsi Jen disokong oleh ADUN Temengor, yang juga EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Salbiah Mohamed.

Aturan mesyuarat hari ini menyaksikan 58 daripada keseluruhan 59 ADUN yang menghadiri persidangan DUN mengangkat sumpah.

ADUN Kepayang, Nga Kor Ming, yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, tidak hadir kerana menghadiri persidangan Parlimen, yang turut berlangsung hari ini.

Komposisi kerajaan negeri Perak pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membabitkan kerajaan campuran antara Pakatan Harapan (PH), yang memenangi 24 kerusi dan Barisan Nasional (BN) dengan sembilan kerusi, membentuk majoriti mudah 33 kerusi.

Perikatan Nasional (PN), yang memenangi 26 kerusi membentuk gabungan pembangkang. BH

Mohamad Zahir dilantik Speaker DUN Perak, Tsi Jen Timbalan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker