Johari Abdul dipilih jadi speaker baharu

Johari Abdul dipilih jadi speaker baharu

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dipilih untuk menjadi speaker Dewan Rakyat pagi penggal pertama sidang Parlimen ke-15.

Beliau menerima 147 undi menerusi undian bersurat pada pembukaan sidang pagi ini yang berlangsung hampir 20 minit.



Johari yang juga timbalan pengerusi PH Kedah dicadangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan disokong Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Gurun selepas mengesahkan namanya dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Perikatan Nasional (PN) pula mencadangkan bekas menteri dalam negeri, Radzi Sheikh Ahmad, namun beliau hanya mendapat 74 undi.

Radzi dicalonkan ketua pembangkang Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut dan disokong Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan.



Pada 2 Dis, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, berkata beliau perlu mengosongkan jawatannya itu mulai 12 tengah malam, pada 18 Dis, seperti termaktub mengikut Perlembagaan.

Beliau yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipilih menggantikan Mohamad Ariff Md Yusof, pada 13 Jul 2020.

Pertukaran itu berlaku berikutan perubahan pentadbiran kerajaan persekutuan selepas Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai perdana menteri dan diganti oleh Muhyiddin Yassin. FMT

Johari Abdul dipilih jadi speaker baharu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker