Hospital Tengku Anis turut dilanda banjir

Hospital Tengku Anis turut dilanda banjir

Kota Bharu: Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan Hospital Tengku Anis (HTA) di Pasir Puteh, turut dilanda banjir.

Difahamkan, selain perkarangan hospital, unit kecemasan, bahagian farmasi serta wad lain dimasuki air sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Husin berkata, air mula memasuki wad serta unit lain bermula 8.30 malam tadi berikutan hujan lebat secara berterusan.

“Susulan itu, kakitangan hospital berkenaan bertungkus lumus mengangkat peralatan elektrik seperti peti sejuk dan peti vaksin ke tempat yang lebih tinggi.

“Kita juga sedang memantau jika ada keperluan pesakit yang mungkin dipindahkan ke hospital lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, sekiranya masih terdapat pesakit yang datang ke hospital berkenaan, pihaknya akan cuba mengalihkan individu berkenaan ke hospital lain terutama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Bagaimanapun katanya, sekiranya kes kecemasan, HTA akan terima pesakit berkenaan. HM

Hospital Tengku Anis turut dilanda banjir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker