Johari Abdul kosong kerusi DUN Gurun
z
Johari Abdul kosong kerusi DUN Gurun
ADUN Gurun Johari Abdul mengumumkan pengosongan kerusi itu berkuat kuasa serta merta, lapor Bernama.
Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu juga disebut-sebut untuk dinamakan sebagai calon Speaker Dewan Rakyat bagi blok kerajaan perpaduan.
Antara agenda utama dalam sidang Parlimen esok membabitkan pemilihan speaker dan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam satu hantaran video di Facebook, Johari mengesahkan beliau telah meletak jawatan sejak Isnin (13 Dis), selepas Speaker DUN Kedah Juhari Bulat menerima suratnya.
Beliau sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi di Gurun yang menyokongnya sepanjang menjadi ADUN di kawasan terbabit.
Ketika ditanya mengenai keputusan untuk mengosongkan kerusi DUN berkenaan, Johari tidak menolak ia kemungkinan berkait dengan pencalonannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.
“Kita tunggu esok lah,” katanya kepada Bernama.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Johari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi DUN Gurun dengan memperoleh majoriti 4,207 undi selepas mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.
Sementara itu, Juhari ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kerusi DUN Gurun dikosongkan sehingga berlangsungnya pilihan raya negeri (PRN) nanti. FMT
Johari Abdul kosong kerusi DUN Gurun
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]