Budak lelaki lempar kucing dari tingkat 22

SINGAPURA – Lebih 10,000 orang menandatangani petisyen secara online untuk menuntut keadilan bagi seekor kucing yang dilempar dari bangunan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Singapura, lapor laman berita Mothership.
Petisyen itu dimulakan oleh seorang pengguna media sosial bernama Nadya Im pada 15 Disember lalu di laman Change.org.
Berdasarkan satu rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) pada 14 Disember lalu sekitar pukul 1:35 tengah hari (waktu tempatan), seorang budak lelaki dan seekor kucing dilihat keluar dari lif.
Budak itu membawa kucing tersebut dan kemudian melemparkannya ke atas pagar. Kejadian itu berlaku di tingkat 22 Blok 186 Boon Lay Avenue.
Menurut penyelamat kucing tempatan, Feline, kucing bernama Panther itu milik penduduk di kawasan tersebut.
Insiden itu telah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan masyarakat pencinta kucing di Singapura.
Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) di Singapura dalam satu catatan di Facebook berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kes itu dan menegaskan bahawa ‘penderaan dan kekejaman haiwan tidak mempunyai tempat dalam masyarakat’.
Pengarah kumpulan Perkhidmatan Haiwan & Veterinar (AVS) di NParks, Jessica Kwok berkata, siasatan terhadap kes itu sedang dijalankan.
Dia meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi mengenai butiran kes dan membenarkan penyiasatan berjalan dengan sewajarnya.
Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) juga berkata dalam satu kenyataan bahawa pihaknya telah membantu pemilik kucing itu memfailkan laporan AVS dan laporan polis. – Agensi
ika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]