Tiada lagi pertukaran kerajaan penggal ini – Zahid
Tiada lagi pertukaran kerajaan penggal ini – Zahid
Barisan Nasional (BN) tidak mahu lagi ada kerajaan baru, selain Kerajaan Perpaduan dibentuk dalam tempoh Dewan Rakyat penggal ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin ini ialah manifestasi kepada kehendak utama supaya Kerajaan Perpaduan yang sudah terbentuk, terus berfungsi sehingga penggalnya berakhir lima tahun lagi.
“Walaupun kita tahu pada Isnin nanti ada sidang khas Dewan Rakyat yang antaranya akan memberikan keabsahan kepada kerajaan Perpaduan Malaysia ini bagi menentukan tempoh satu penggal, ini (bermakna) tidak akan terdapat lagi pertukaran kerajaan yang akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik.
“(Perubahan kerajaan sekali lagi) ini mengekang pertumbuhan ekonomi negara serta masalah yang berkaitan dengannya dihadapi oleh rakyat pada keseluruhan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan 40 Tahun serta Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke-40 Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad malam ini.
Ahmad Zahid berkata, parti politik yang membentuk gabungan kerajaan ketika ini perlu segera mengetepi segala perbezaan dan memberi fokus untuk membangunkan negara secara bersama.
“Atas komitmen semua parti politik, walaupun kita kabilah dengan berbeza, namun realiti yang berada di hadapan kita, hendaklah dikesamping perbezaan, pegangan kita.
“Jika ada pun perbezaan pendapat itu, ada kaedah yang harus dilaksanakan secara tasahuf dan penuh akhlak yang tinggi dan ada harus ditangani mengikut prinsip utama siasah ismaliah,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, semua pihak harus berpijak di bumi yang nyata dan mengakui realiti, kestabilan politik harus diwujudkan biarpun wujud perbezaan pendapat.
“Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kerajaan perpaduan sudah terbentuk.
Semua parti politik yang manifestonya untuk membangunkan negara dan memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan kestabilan politik harus diterjemahkan komitmen ini, selepas daripada kerajaan baru ini terbentuk,” katanya.
Anwar sebelum ini memaklumkan Sidang Dewan Rakyat khas akan diadakan pada Isnin ini bagi membentangkan antara lain usul percaya kepada Perdana Menteri.
Ini kali ketiga usul sedemikian dikemuka ke Dewan Rakyat, selepas kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat, iaitu pada 27 Januari 1976, ketika bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menggantikan Tun Abdul Razak.
Seterusnya usul sama yang dibentang pada 3 November 2003, ketika era peralihan kepimpinan dari Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. BH
Tiada lagi pertukaran kerajaan penggal ini – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.