Gadis hamil jadi hamba seks lelaki ‘jerung’

Michael Anthony Barajas – Pejabat Genesee County Sheriff

FLINT, Michigan –  Seorang lelaki bergigi runcing seperti jerung disifatkan sebagai ‘raksasa’ oleh polis selepas dia ditangkap kerana mengurung seorang wanita hamil di dalam sebuah bilik dan memperlakukan mangsa sebagai hamba seks selama berminggu-minggu, lapor portal berita Daily Star semalam.

Michael Anthony Barajas, 36, didakwa menahan wanita hamil berusia 20 tahun itu di sebuah rumah usang dan dituduh mengugut untuk mencabut lehernya dengan barisan giginya yang tajam seperti ikan tersebut.

Dia ditahan selepas mangsa yang hamil itu menerima rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Hurley di Flint, Michigan, AS pada 8 Disember lalu.

Menurut Chris Swanson dari Pejabat Syerif Daerah Genesee, wanita muda itu yang tidak boleh dinamakan, menyatakan bahawa dia ditahan di rumah tersebut selama tiga minggu selepas didatangi suspek dengan keretanya.



Wanita itu telah diusir dari sebuah kediaman beberapa hari sebelumnya dan Barajas didakwa mengambil kesempatan daripada keperluannya untuk mendapatkan tempat perlindungan dan mandi.

Barajas dikatakan telah menawarkan makanan dan wanita muda yang terdedah itu menerimanya tetapi selepas tiba di rumah usang tersebut, dia dikurung di dalam bilik serta diikat pada sebuah katil. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker