15 minit nafas ayah telah terhenti sebelum Allah kembalikan nafas ayah semula – Norman Hakim
PELAKON, Norman Hakim berdepan detik cemas apabila bapanya kesayangannya Haji Zaidon Haji Abdul Rahim tidak bernafas buat seketika.
Menceritakan kejadian tersebut, Norman berkata bapanya kelihatan pucat, tidak memberikan respons dan nafasnya juga tiada.
“Saya sekeluarga hampir kehilangan ayah, infact dah ‘hilang’ pun selama 15 minit. Kakak saya @noorishah called menangis-menangis panik beritahu saya kena balik sekarang, ayah tak bergerak.
“Kakak terus cut off call. Habis kat situ. Saya buka WhatsApp family group. Terus rasa dunia berhenti. Wifey @memeysuhaiza depan mata pun baca jugak. Tak keruan dan terus nangis.
“Gambar dalam WhatsApp group, ayah dalam posisi duduk dalam bilik air. Nampak kondisi ayah pucat satu badan.
“Kapsyen: Ayah tak respons. Nafas pun tak ada. Saya bagi masa untuk diri istigfar dan bertenang. Terus call abang sulung kat Johor suruh baca WhatsApp group dan standby untuk balik.
“Ayah mungkin dah tak ada. Saya tahu inilah momen paling saya takut untuk berdepan. Saya istigfar lagi.
“Tarik nafas dalam-dalam. Cuba sedaya redakan diri untuk berdepan dengan kemungkinan yang ayah dah tak ada.
“Saya dongak kepala pejam mata mengharap pada Allah supaya benda paling saya takut ni semua mimpi,” jelasnya.
Bagaimanapun kata Norman, dia menarik nafas lega dan syukur kepada Allah kerana diberi peluang kedua bersama bapa kesayangannya.
“Tiba-tiba dapat direct responce dari niece @shrmllhw bagi tahu ‘Tok ayah bernafas balik, mama (my sis @noorishah ) tengah ajar mengucap.
“Perasaan masa tu Allah sahaja yang tahu. Hanya mengharap padaNya supaya nafas tu terus bertahan.
“Alhamdulillah, Allah beri peluang ke-2 untuk bersama lagi dengan ayah. Belaian dan kasih sayang paling Agung dengan izinNya saya curahkan pada ayah atas kesempatan dan peluang ke-2 ni.
“Sisa trauma masih ada. Tak tahu nak luah macam mana lagi kat Allah atas rasa syukur dan terima kasih untuk peluang ke-2 bersama ayah ini,”
Baca kisah penuh Norman di bawah:
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]