Zahid tak lupa Kelantan meskipun berbeza fahaman politik
Zahid tak lupa Kelantan meskipun berbeza fahaman politik
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak melupakan kerajaan negeri Kelantan meskipun terdapat berbeza fahaman politik.
Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Muafakat Nasional (MN) yang mengikat Pas dan UMNO masih belum dirungkai secara rasmi.
Malah, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menyatakan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kepadanya pada Isnin lalu bahawa ‘kita perlu melangkaui parti meskipun pembangkang apabila melibatkan khidmat kepada rakyat’.
“Semalam beliau (Zahid) terjemahkan kata-kata tersebut dengan turun ke Kelantan dan mengumumkan peruntukan banjir bersama kerajaan negeri Kelantan demi rakyat.
“Insya-Allah budaya politik perpaduan dan damai menjadi amalan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Semalam di Rantau Panjang, Kelantan, Ahmad Zahid mengumumkan Kerajaan Peraduan akan meneruskan projek tebatan banjir yang telah diluluskan oleh pentadbiran sebelum ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata demikian selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh. MG
Zahid tak lupa Kelantan meskipun berbeza fahaman politik
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.