New York larang penjualan anjing, kucing dan arnab di kedai haiwan peliharaan

New York larang penjualan anjing, kucing dan arnab di kedai haiwan peliharaan

Peruncit haiwan peliharaan dihalang untuk menjual anjing, kucing dan arnab di New York mulai Disember 2024 di bawah undang-undang baharu, yang ditandatangani oleh Gabenor Kathy Hochul semalam.

Undang-undang itu direka untuk menghentikan bekalan haiwan yang digelar kilang anak anjing.



Hochul, seorang ahli parti Demokrat, berkata mengharamkan kedai haiwan peliharaan daripada menjual haiwan peliharaan akan membantu melindungi kebajikan haiwan dan mengekang penternak borong yang kejam.

New York akan menyertai sekumpulan kecil negeri-negeri lain termasuk California, Illinois dan Maryland, yang sudah memulakan larangan serupa ke atas jualan itu.

Undang-undang juga akan membuka pintu untuk kedai haiwan peliharaan bekerja dengan tempat perlindungan haiwan bagi menggalakkan pengambilan haiwan angkat, termasuk ruang sewa.

“Anjing, kucing dan arnab di seluruh New York berhak mendapat rumah yang penuh kasih sayang dan layanan yang berperikemanusiaan,” kata Hochul dalam satu kenyataan.



Kumpulan kebajikan haiwan meraikan pemeteraian rang undang-undang itu tetapi beberapa perniagaan haiwan peliharaan menyuarakan kebimbangan bahawa ia akan merosakkan pengendali yang sah dalam industri.

Ketua Pegawai Eksekutif American Society for the Prevention of Cruelty to Animals, Matt Bershadker, berkata ia adalah ‘kemenangan bersejarah’ untuk haiwan dan pengguna.

“Dengan menamatkan penjualan anjing kilang, anjing yang dibiak secara kejam di kedai haiwan peliharaan negeri, New York menutup saluran yang membolehkan penjual runcit dan penternak komersial mendapat keuntungan daripada kekejaman yang tidak wajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Pet Land Selmer di Suffolk County di Long Island New York bagaimanapun memberi amaran dalam catatan Facebooknya bahawa undang-undang itu akan membolehkan penternak yang tidak beretika berkembang di pasaran gelap dan menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan haiwan peliharaan.



Katanya, bilangan kedai haiwan peliharaan di negeri itu, dilihat sudah merosot kepada sekitar 80 dan undang-undang itu akan membenarkan orang ramai membeli haiwan terus daripada penternak.

Rang undang-undang itu turut mendapat sokongan dwipartisan dalam Badan Perundangan Negeri yang didominasi oleh Demokrat. BH

New York larang penjualan anjing, kucing dan arnab di kedai haiwan peliharaan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker