Murid perempuan 6 tahun didakwa dicabul rakan sekelas

Murid perempuan 6 tahun didakwa dicabul rakan sekelas

Ibu seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun memfailkan aduan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas anak perempuannya itu didakwa menjadi mangsa serangan seksual oleh rakan sekelas lelaki di Sekolah Wat Sri Kongkaram, Samut Prakarn, Thailand lapor portal berita Thaiger semalam.

Ibu berusia 31 tahun itu, Nuch, memaklumkan kepada NGO tersebut, Yayasan Pavena Untuk Kanak-kanak dan Wanita mengenai serangan seksual anak perempuannya itu pada 30 November lalu.

Nuch memberitahu, anak perempuannya, Noey yang belajar di sekolah tersebut telah diperdaya untuk pergi ke bilik air sekolah oleh rakan lelaki itu yang kemudian memaksa dia menanggalkan pakaiannya dan cuba merogol mangsa.

Noey berjaya melarikan diri dan menghubungi saudara kandung perempuannya yang belajar di sekolah sama dan melaporkan kejadian itu kepada guru sebelum ibu mereka dihubungi tentang kejadian tersebut.

Ibu murid itu kemudian memfailkan aduan tersebut kepada polis pada hari kejadian.

Dalam pada itu, murid lelaki itu dikenali sebagai Nueng mengaku bahawa dia membawa Noey ke bilik air dan menarik skirtnya dan ia menjelaskan bahawa pernah melihat sepupunya yang berusia 13 tahun melakukan perkara tersebut kepada rakan wanitanya.

Bapa Nueng mendedahkan bahawa dia telah menyelesaikan perkara tersebut dan membayar pampasan sebanyak 3,000 baht (RM379.70) kepada ibu murid perempuan itu. K Online

Murid perempuan 6 tahun didakwa dicabul rakan sekelas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker