Dua bekas MP PKR dilantik sebagai setiausaha politik Anwar
Dua bekas MP PKR dilantik sebagai setiausaha politik Anwar
Dua bekas ahli parlimen PKR – Shamsul Iskandar Md Akin dan Chan Ming Kai – dilantik sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Shamsul diberi gelaran ketua setiausaha politik.
Bercakap kepada The Vibes, Shamsul berkata dia mempunyai tugas berat menanti kerana dia dijangka membantu perdana menteri melaksanakan dasar.
“Rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap kerajaan ini dan oleh itu kita perlu bekerja keras sebagai satu pasukan dan menyokong kepimpinan PM,” katanya.
Shamsul, 47, juga adalah seorang peguam dan pernah menjadi ahli parlimen selama dua penggal. Kerjaya politiknya menyaksikan parti meletakkannya sebagai calon di tiga negeri berbeza.
Pelantikannya tidak mengejutkan kerana dia dikenali sebagai penyokong setia Anwar selama dua dekad.
Semasa pilihan raya 19 Nov, dia diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan bagi Bagan Datuk dan hampir menyingkirkan penyandangnya Ahmad Zahid Hamidi.
Pelantikan Shamsul dan Chan berkuat kuasa pada 1 Dis.
Chan menulis tentang pelantikannya di laman Facebooknya malam tadi dan menyifatkan tugasnya sebagai cabaran baru.
Bercakap kepada Malaysiakini, Chan berkata tugasnya adalah untuk membantu perdana menteri dalam apa jua cara yang perlu.
“Saya akan melaporkan apa yang sebenarnya berlaku di lapangan,” kata Chan dalam jawapan ringkas kepada Malaysiakini.
Sejak 2008, Chan juga telah menjadi ahli parlimen PKR di tiga negeri berbeza. Bagaimanapun, dia tidak diturunkan untuk pilihan raya baru-baru ini. Mk
Dua bekas MP PKR dilantik sebagai setiausaha politik Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]