Bank pusat dunia sahkan komitmen naik kadar faedah

Bank pusat dunia sahkan komitmen naik kadar faedah

Pasaran saham Asia jatuh apabila pelabur menjangkakan kadar faedah akan lebih tinggi daripada jangkaan untuk tempoh yang panjang selepas beberapa bank pusat di seluruh dunia mengesahkan komitmen masing-masing untuk menurunkan inflasi.

Selepas rali yang teguh dalam beberapa minggu kebelakangan ini didorong oleh tanda-tanda kenaikan harga semakin perlahan, Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan Bank Pusat Eropah (ECB) minggu ini menaikkan semula kos pinjaman dan memberi amaran mengenai lebih banyak kenaikan akan datang.

Walaupun inflasi di kebanyakan negara mulai turun daripada paras tertinggi yang dicatatkan awal tahun ini dengan dibantu oleh penurunan kos tenaga, ia masih kekal pada paras tertinggi dalam tempoh beberapa dekad.

Pemerhati memberi amaran bahawa ekonomi mungkin menuju ke tempoh stagflasi, di mana harga terus meningkat tetapi pertumbuhan menjadi pegun.

Selepas minggu yang sukar untuk pasaran, kebimbangan meningkat pada Rabu lalu selepas Fed menaikkan kadar seperti yang dijangkakan, tetapi memberi petunjuk ia mungkin perlu melakukan kenaikan lebih tinggi daripada yang dijangkakan, sekali gus menambah kebimbangan terhadap kemelesetan.

Ia kemudian diikuti oleh ECB yang mengambil langkah serupa pada Khamis, dengan pemimpinnya, Christine Lagarde memberi amaran: “Masih banyak perkara yang kita perlu lindungi, masih lama tempoh kita perlu tempuhi dan kita sedang berada dalam fasa yang panjang.”

Bank of England (BoE) juga menaikkan kadar dan berkata lebih banyak kenaikan akan berlaku.

Ketiga-tiga indeks utama di Wall Street menjunam, dengan Nasdaq susut lebih tiga peratus apabila firma teknologi menerima satu lagi tamparan, manakala Paris dan Frankfurt juga turun lebih daripada tiga peratus.

Kerugian itu dibawa bersama ke Asia, di mana Tokyo menyusut lebih daripada satu peratus manakala Sydney, Seoul, Singapura, Wellington, Taipei, Jakarta dan Manila juga berada dalam keadaan negatif. BH

Bank pusat dunia sahkan komitmen naik kadar faedah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker