Aliff Syukri kongsi petua mudah hamil, baca doa jangan gelojoh

Aliff Syukri kongsi petua mudah hamil, baca doa jangan gelojoh

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kembali menjadi bualan netizen apabila tampil dengan video terbaharunya yang berkongsi petua mudah hamil untuk para isteri.

Aliff Syukri menerusi perkongsian di Instagramnya kelmarin berkata, antara petua penting yang perlu difahami pasangan suami isteri adalah dengan menjadikan setiap malam seperti malam pertama.

Katanya ia bagi menimbulkan suasana mesra selain mengeratkan hubungan suami isteri.

Selain itu, cadangnya, lakukan hubungan kelamin lima hingga sembilan kali seminggu selain memastikan si isteri sampai tahap orgasma ketika bersama.

“Jangan stres, anggaplah setiap malam adalah malam pertama, baru bersemangat.

“Elakkan merokok atau minuman keras. Baca doa dan jangan gelojoh sebab isteri tak suka orang gelojoh dan pastikan bertenaga,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff Syukri dilihat mengenakan pakaian adiwira dan bertuala dalam video tersebut.

Tujuan lain video itu dibuat adalah untuk mempromosikan dua produk keluarannya yang membantu mempercepatkan proses hamil selain meningkatkan ketahanan badan dan tenaga seseorang.

Dalam perkembangan lain, Aliff Syukri dan isteri, Datin Nur Shahida Mohd. Rashid telah dikurniakan lima cahaya mata selain mereka turut menjaga seorang anak angkat ketika ini. K Online

Aliff Syukri kongsi petua mudah hamil, baca doa jangan gelojoh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker