Rusia sedia serang Ukraine, bila-bila masa

Rusia sedia serang Ukraine, bila-bila masa

Rumah Putih meramalkan Rusia bersedia menyerang Ukraine, pada bila-bila masa.

Setiausaha Akhbar, Jen Psaki menggambarkan situasi itu menjelang pertemuan Setiausaha Negara, Antony Blinken dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Geneva, Switzerland, Jumaat ini.

“Kita sekarang berada pada satu tahap di mana Rusia boleh menyerang Ukraine pada bila-bila masa sahaja.

“Presiden Vladimir Putin yang mencipta krisis ini.

“Ada laluan diplomatik. Kami pastinya berharap mereka mengambil jalan itu. (Namun) terpulang kepada Rusia untuk menentukan jalan mana yang mereka akan ambil dan akibatnya akan teruk, jika mereka tidak mengambil (jalan) diplomatik,” katanya kepada pemberita.

Ukraine, AS dan negara-negara Eropah menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap penambahan tentera Rusia di sempadan, walaupun Moscow menafikan berulang kali pencerobohan sedang dirancang.

Psaki menegaskan kesan lain mungkin termasuk menangguhkan saluran paip gas asli Nord Stream 2 dari Rusia ke Jerman.

Katanya, saluran paip itu sudah disiapkan dan belum mendapat kelulusan itu dilihat sebagai bahagian penting dalam rangkaian bekalan tenaga Eropah serta keupayaan eksport Moscow.

Seorang pegawai AS, yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata, matlamat Blinken adalah untuk melihat sama ada terdapat jalan keluar diplomatik dan kepentingan bersama di mana Rusia boleh dipujuk untuk berundur dari Ukraine.

Menurut pegawai itu lagi, Blinken bersetuju dengan Lavrov untuk rundingan itu menerusi panggilan telefon, tetapi kemungkinan Rusia tidak berminat dengan penyelesaian diplomatik. HM

Rusia sedia serang Ukraine, bila-bila masa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker