Israel beri amaran bom Hospital al-Quds

Israel beri amaran bom Hospital al-Quds

GAZA: Israel memberi amaran kepada kumpulan kemanusiaan di Semenanjung Gaza pada Jumaat mengosongkan sebuah hospital utama dan lima sekolah susulan potensi serangan, kata satu badan bantuan.

Hospital al-Quds di utara Gaza, menjadi sasaran serangan udara rejim sejak Hamas melancarkan serangan terbesar terhadap Israel, pada 7 Okt.

Pihak berkuasa Gaza berkata, lebih 4,100 terbunuh dalam serangan Israel sejak serangan Hamas ke atas Israel membunuh 1,400. Serangan Hamas itu merupakan yang terburuk pernah dialami Israel sejak 75 tahun lalu.

Bulan Sabit Merah Palestin pada Jumaat melancarkan “rayuan segera” sambil menyatakan mereka “menerima ancaman daripada pihak berkuasa penjajah untuk mengebom Hospital al-Quds”.

Pihak Israel “menuntut” hospital dikosongkan, yang mana menjejaskan lebih 400 pesakit dan 12,000 rakyat tiada tempat tinggal untuk mencari “perlindungan selamat”, kata kumpulan itu.

“Kami menyeru masyarakat antarabangsa segera dan mengambil langkah mendesak menghalang satu lagi pembunuhan besar-besaran seperti mana berlaku di Hospital al-Ahli,” menurut kenyataannya.

Satu serangan roket membunuh ratusan nyawa di Hospital al-Ahli, kata pihak berkuasa Hamas di Gaza. Hamas menyalahkan serangan itu dilakukan pesawat Israel, manakala Israel menuduh roket itu tersalah arah kerana dibedil pejuang di Gaza.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin, UNRWA, Israel juga ada memberi maklumat kepada agensi itu mengosongkan lima sekolah “sesegera mungkin”.

Semua sekolah berkenaan berada di Bandar Gaza, berdekatan hospital tersebut.

“Kami melakukan apa yang terdaya membantah dan menolak keputusan itu, namun ini bermakna bermula sekarang kemudahan berkenaan tidak lagi selamat,” kata UNRWA dalam kenyataan, sambil menggesa ribuan rakyat dalam dan kawasan sekitar beredar menyelamatkan diri.

Pada Sabtu lalu, Bulan Sabit Merah turut menerima arahan pengosongan sama bagi Hospital al-Quds. Media Palestin berkata, serangan roket berlaku berdekatan hospital pada Rabu. FMT

Israel beri amaran bom Hospital al-Quds

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker