MKT UMNO, Dewan Tertinggi BN putus hala tuju parti, bukan lagi pemimpin tertentu
MKT UMNO, Dewan Tertinggi BN putus hala tuju parti, bukan lagi pemimpin tertentu
Rundingan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sudah selesai dan hasilnya akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini, disusuli mesyuarat Dewan Tertinggi BN, pagi ini.
Sumber memaklumkan, proses seterusnya adalah membentangkan keputusan yang terhasil daripada dua mesyuarat terbabit kepada semua 30 Ahli Parlimen BN.
Jawatankuasa itu dianggotai Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua parti komponen, iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup, turut menganggotai jawatankuasa terbabit.
“Semasa proses rundingan dengan PH, Datuk Seri Ismail Sabri tidak dilibatkan dan rundingan dengan PN pada semalam tidak dihadiri Datuk Seri Ahmad Zahid kerana beliau demam, sebaliknya diketuai Datuk Seri Mohamad Hassan.
“Perunding-perunding yang dilantik ini tidak boleh buat keputusan. Semua keputusan akan ditentukan oleh MKT UMNO dan Dewan Tertinggi BN,” kata sumber itu lagi.
Katanya lagi, rundingan oleh BN, sama ada dengan PH atau PN adalah keputusan Dewan Tertinggi BN.
“Malam tadi, Datuk Seri Mohamad Hassan membawa ke mesyuarat MKT UMNO untuk pandangan MKT. Pagi ini, akan bawa ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Selepas itu barulah akan dibentangkan kepada 30 Ahli Parlimen BN,” kata sumber berkenaan. BH
MKT UMNO, Dewan Tertinggi BN putus hala tuju parti, bukan lagi pemimpin tertentu
Baca Artikel Menarik:
- Ismail di St Regis, di mana pemimpin PN dijangka bertemu
- Merungkai Kemelut Politik: Majlis Raja-Raja Melayu putuskan bersidang esok
- MB Perak umum senarai portfolio Exco
- Mahathir harap Anwar dapat tubuh kerajaan
- Zahid dakwa Agong titahkan BN sertai kerajaan perpaduan
- Perbincangan penubuhan kerajaan PN-BN Pahang selesai – Tuan Ibrahim
- GPS dilapor kekal sokong Muhyiddin sebagai PM
- Mahathir sedih kalah teruk, tumpu tulis buku sejarah
- Janna Nick kena lagi
- Puad cabar Muhyiddin dedah senarai MP sokongnya
- Pahang perlu ikut Perak bentuk kerajaan BN-PH
- Polis nafi berlaku ‘rusuhan’ di pejabat Umno Lenggong
- Nad Zainal dirawat di ICU
- Lebih 23,000 tandatangani petisyen desak GPS tolak PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari
Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak
You must be logged in to post a comment.