Orang dah kebulur, duduk atas bumbung, menteri sempat buat majlis pelancaran?

‘Orang dah kebulur, duduk atas bumbung, menteri sempat buat majlis pelancaran?’

Ketika ribuan mangsa banjir terkandas menunggu bantuan susulan banjir yang melanda, dilihat beberapa menteri dikecam netizen kerana membuat majlis yang berkaitan dengan banjir yang berlaku kini.

Salah seorang menteri itu sempat mengadakan upacara rasmi penubuhan skuad sukarelawan pasca banjir kementeriannya.



Tindakan tersebut dikecam netizen dengan menyifatkan menteri tersebut tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat kini.

Hazwan Hasanudin di dalam media sosial Facebook mempersoal kualiti menteri di negara ini lemah dan lambat bertindak.

“Benda ‘basic’ pun tak boleh fikir. Orang semua pakat naik atas bumbung rumah dah. Macam ni je ‘level’ menteri kat Malaysia? Lemah,” tulisnya.

Seorang lagi netizen, Jamilah Malek turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan menteri tersebut yang sibuk membuat majlis pelancaran.



“Sempat lagi dia buat majlis pelancaran dengan tempah ‘backdrop’… (ketika) rakyat dah separuh nyawa dalam air, ada yang duduk atas bumbung,” luahnya.

Seorang lagi menteri dilihat turut mengadakan majlis sumbangan banjir Keluarga Malaysia.

Napsiah Khamis Maharan menerusi posting dalam Facebooknya berkata, adalah lebih baik kos mengadakan majlis itu disumbangkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan pada waktu ini.

“Nak bagi sumbangan pun kena buat dekat hotel pelancarannya, kos buat majlis ni lebih elok sumbang pada yang perlu.



“Sementara tunggu habis majlis, ada yang dah yang kebulur, ” katanya. Utusan

Nota : Difahamkan menteri tersebut adalah Rina Haron. Sebelum ini Menteri Sukan juga turut mengadakan majlis pelancaran bantuan.

‘Orang dah kebulur, duduk atas bumbung, menteri sempat buat majlis pelancaran?’


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker