Spekulasi Anwar dilantik sebagai PM10

Spekulasi Anwar dilantik sebagai PM10

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin saling bersaing untuk menawan Putrajaya dengan kedua-duanya mendakwa mempunyai majoriti.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan tempoh kepada kedua-duanya sehingga sehingga 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

5.35 petang – Spekulasi bertiup kencang bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri sementara tetapi Malaysiakini sedang menunggu pengesahan dari Istana Negara.

Malaysiakini boleh mengesahkan bahawa Anwar masih berada di Istana Negara selepas pengerusi PH itu dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin diperkenankan menghadap Yang di-Pertuan Agong sekitar jam 4 petang tadi.

Muhyiddin telah beredar keluar tanpa menemui media yang berkumpul di pintu masuk Istana Negara.

Bagaimanapun, belum ada lagi sebarang pengesahan rasmi mengenai pembentukan kerajaan seterusnya. Mk

Spekulasi Anwar dilantik sebagai PM10


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker