Najib Seru Ketepikan Politik, Bina Semula Halatuju Negara

Oleh Nurul Aisyah

Pilihan Raya Umum ke 15 melakar sejarah apabila Parlimen masih berada dalam keadaan “tergantung” setelah tiga hari rakyat mengundi. Rakyat telah bersuara melalui 21 juta pengundi. Memang menyedihkan keputusannya menunjukkan Malaysia berpecah.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru agar rakyat Malaysia mengenepikan politik dan membina semula halatuju negara. Perkara itu disampaikan oleh anaknya, Nooryana Najwa menerusi hantaran di Facebook.

Ada persahabatan yang terputus sepanjang kempen. Ada keluarga yang bertengkar sesama diri. Ibu bapa dengan anak-anak, anak saudara dengan pakcik makcik, kawan baik berpuluh tahun kini tidak bercakap.
Jangan. Hentikanlah. Please stop it.

Bersama semula sebagai sahabat dan keluarga.
Come together again, as friends and family.
Kita 1Malaysia. We are all 1Malaysia.

Isu politik juga tolonglah ketepikan dulu.
Nak bina parti, nak kukuhkan kawasan, nak fikir PRU16 semua letak tepi dulu, siapa lebih power, aku nak ini, kau nak itu.
Ada masa untuk kita berpolitik, berbahas, berbalah, berebut.
There is a time for this but it is NOT NOW.

Kini tiba masanya kita duduk dan benar-benar memikirkan masa depan negara. What do we want Malaysia?
Ke mana kita? Apakah masa depan dan halatuju yang kita mahukan?
Untuk Malaysia, untuk anak-anak Malaysia.

Kita perlu kestabilan.
Kita mahu kemakmuran, kemajuan, pembangunan.
Itu sahaja. Rakyat tak minta banyak.
Tetapi …

Beberapa hari yang lalu, Najib menegaskan bahawa rundingan antara Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana gabungan perlu mengambil kira kepentingan parti itu.

Rundingan tersebut perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta mengambil kira pendapat semua Ahli Parlimen BN yang berjaya pada PRU15.

Beliau juga meluahkan perasaan rindu terhadap sahabat-sahabatnya dalam BN. Malah beliau berharap dan percaya UMNO dan BN merupakan parti keramat, pasti akan bangkit semula.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker