Mesyuarat Dewan Tertinggi BN selesai, beralih ke mesyuarat seterusnya
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN selesai, beralih ke mesyuarat seterusnya
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang membincangkan sokongan calon Perdana Menteri Ke-10 selesai malam tadi sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.
Mesyuarat bermula sejak 9 malam tadi berlangsung kira-kira sejam itu dipengerusikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sumber memaklumkan, gabungan parti itu kemudian meneruskan agenda keduanya iaitu perbincangan bersama wakil rakyat BN bagi membincangkan isu sama.
Mesyuarat berlangsung di Ibu Pejabat Umno dekat Menara Dato Onn di sini, turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Selain itu, turut hadir Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup.
Ketika ditemui di lobi Menara Dato Onn, Hishammuddin mengesahkan BN mengadakan dua mesyuarat berasingan bagi memuktamadkan sokongan kepada gabungan parti politik yang akan membentuk kerajaan.
Al-Sultan Abdullah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN mengadap baginda di Istana Negara, jam 10.30 pagi esok.
Semua Ahli Parlimen BN dititahkan mengadap Agong secara berasingan bagi menyatakan sokongan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. HM
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN selesai, beralih ke mesyuarat seterusnya
Baca Artikel Menarik:
- Pandangan Musa Hassan tentang kemelut politik buat ‘mereka’ terpukul
- Dewan Tertinggi BN putuskan untuk kekal sebagai pembangkang – Ismail Sabri
- Komponen parti terikat undang-undang anti-lompat
- Gerakan ‘kerajaan pintu belakang’ sedang bergerak secara senyap – Razlan
- Agong perlu lantik PM kerajaan minoriti, jika tiada penyelesaian kukuh
- Kerajaan Perpaduan: 10 Exco Perak angkat sumpah
- Anwar nak pergi mana tu?
- Peluang UMNO untuk bangkit tipis sekiranya bersama PN – Hamidah
- Usah dirindu calon lama, popular yang tersungkur
- Harap PN tidak cari BN di Pahang
- Abang Jo demands 10pc of federal development fund be allocated to Sarawak
- ‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN
- Momok 13 Mei hantui TikTok lepas hari undi
- Hantu pesakit berjalan menembusi pintu hospital selepas meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.