Ismail calon PM BN – Nur Jazlan
#PRU15
Ismail calon PM BN – Nur Jazlan
Calon BN Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed mengesahkan Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai perdana menteri jika gabungan itu menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), namun bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi.
Ditemui semasa sesi bertemu pengundi anjuran Pemuda Umno Johor malam tadi, Nur Jazlan melahirkan keyakinan BN akan menjadi gabungan terbesar yang boleh menentukan calon perdana menteri.
“Sejujurnya, ia bergantung kepada gabungan yang dibentuk selepas pilihan raya. Betul?
“Orang ramai cakap sama ada kita menang 60 kerusi, 70 kerusi atau 80 kerusi.
“Jika kita menang lebih banyak kerusi, Ismail akan disahkan sebagai perdana menteri kita,” kata Nur Jazlan.
Bagaimanapun, katanya, dengan bilangan kerusi yang tidal mencukupi, pilihan calon perdana menteri bergantung kepada rundingan dengan mana-mana gabungan baru.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dalam kempennya termasuk di Johor Bahru semalam, memberi amaran mengundi BN bermakna Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi akan dilantik sebagai perdana menteri.
Muhyiddin juga mendakwa usaha Zahid untuk mendapatkan jawatan perdana menteri bagi membersihkan pertuduhan rasuah terhadapnya adalah bertentangan dengan janji PN untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang bersih.
“Kenyataan itu (undi BN untuk bolehkan Zahid jadi PM) pada zahirnya salah. Kerana dia (Ismail Sabri) adalah perdana menteri kita.
“Tetapi kalau keputusan tidak menyebelahi kita?” kata Jazlan yang menegaskan BN akan kekal sebagai gabungan terbesar.
Ditanya sama ada dia menjangkakan akan berlaku situasi tiada gabungan akan memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dan menyebabkan parlimen tergantung, Nur Jazlan berkata perkara itu hanya akan timbul apabila tiada parti boleh berunding antara satu sama lain.
“Tetapi saya yakin BN boleh memenangi sejumlah besar kerusi supaya ia boleh berunding dengan rakan lain untuk mendapatkan 112 kerusi (untuk bentuk kerajaan).
“Apa bentuk gabungan saya tidak pasti, tetapi BN akan menjadi parti yang paling banyak kerusi,” katanya.
Malam tadi, perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya BN tidak menang majoriti dalam pilihan raya umum akan datang, gabungan itu perlu berada dalam kedudukan dominan untuk membentuk kerajaan campuran. Mk
Ismail calon PM BN – Nur Jazlan
Baca Artikel Menarik:
- Hubungan PAS-Bersatu seperti kahwin mutaah
- Ismail patut cabar Zahid jawatan presiden Umno – Khairy
- Hamzah ‘tersedak’ tengok rombongan jentera BN
- Anwar yang mula burukkan orang Melayu, bukan saya – Mahathir
- Muhyiddin bidas Takiyuddin, bengang dengan kenyataan isu kerjasama dengan BN
- Lembah Pantai, Marang boleh kembali kepada BN?
- Tidak yakin dapat majoriti, PN kata mahu bentuk kerajaan dengan BN – Takiyuddin
- IQ Yusuf atasi Einstein dan Hawking
- ‘Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, malah semuanya tiada’ – Zaiton Sameon
- Jangan lupa Bersatu pernah bersama PH
- PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
- Tetak buaya, Polis buru dua remaja
- Muhyiddin tak percaya PN
- BN pilihan utama ‘rawat’ Malaysia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?
You must be logged in to post a comment.