Tular akhirnya Ustaz Azhar Idrus dapat tauliah ceramah

KUALA TERENGGANU – Sijil tauliah mengajar agama dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) melibatkan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI tular di media sosial sejak petang tadi.

Foto sijil berkenaan dikongsi sebuah halaman komuniti Facebook, Telemong Sejahtera.

“Akhirnya Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus telah mendapat tauliah mengajar di Negeri Terengganu.



“Semoga dengan pentauliahan ini, bumi Terengganu bertambah subur dan berkat dengan majlis-majlis ilmu,” menurut kapsyen di hantaran itu.

Berdasarkan sijil yang tular itu, kebenaran untuk Azhar menyampaikan ceramah umum dan mengajar agama Islam berkitab sah bagi tempoh lima tahun bermula 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun 2028.

Sebelum ini, pada 11 Mac lepas, Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu mengesahkan Azhar antara pendakwah yang tidak mempunyai tauliah untuk berceramah dan mengadakan kuliah di negeri itu.

Statistik pemegang tauliah dikeluarkan JHEAT sehingga November tahun lalu menunjukkan hanya 30 pendakwah selebriti diberi kebenaran khas oleh pihak berkuasa negeri itu, namun Azhar tidak termasuk.



Bagaimanapun, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, M Rozi Bidin mengesahkan Azhar dan beberapa individu lain telah hadir secara sukarela untuk memohon tauliah mengadakan ceramah dan kuliah agama pada Mei lalu.

Beliau memaklumkan proses seterusnya ialah membentangkan hasil temuduga itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam Maidam sebelum tauliah dikeluarkan.

Sinar Harian sedang cuba mendapatkan pengesahan daripada Maidam dan Azhar sendiri berhubung sijil yang tular tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker