Nasib peniaga kecil dapat perhatian

Oleh Rohana Man

ISHAM JALIL (kiri) menyantuni seorang peniaga minuman, Ramli Samad di tapak Pasar Malam Seria 88 Setia Alam, semalam.

SHAH ALAM – Rintihan peniaga kecil jalanan yang sukar mendapat lesen perniagaan mendapat perhatian calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham Abdul Jalil.

Berbekalkan ilmu ekonomi dan kewangan di peringkat ijazah sarjana di Universiti Harvard dan Wharton University of Pennsylvania, Amerika Syarikat, Isham Jalil diyakini dapat menjaga kebajikan golongan peniaga kecil termasuk peniaga pasar malam di seluruh kawasan Parlimen Shah Alam.

“Kalau tak ada lesen, kena saman RM300. Macam mana peniaga kecil-kecilan ni nak cari makan.

“Jadi..berilah saya peluang untuk jaga kebajikan peniaga kecil. Mudahkan permohonan lesen yang dibuat,” katanya kepada MyTV Online.

Beliau ditemui ketika mengadakan program Walkabout di Setia Taipan & Pasar Malam Seria 88 Setia Alam pada pukul 5.40 petang, semalam.

Dalam program itu, Isham Jalil bertemu dan menyantuni para peniaga pasar malam, termasuk peniaga di bangunan kedai bersebelahan.

Beliau menegaskan, ketika ini sukar mendapat pekerjaan makan gaji dan disebabkan itu, beliau menggalakkan lebih ramai orang membuka perniagaan.

“Sekarang…,memang tak ada kerja. Jadi, kita galak orang berniaga. Kita nak mudahkan orang berniaga.

“Kalau saya jadi wakil rakyat di Shah Alam ini, insya-Allah saya akan perjuangkan nasib peniaga dan jaga kebajikan mereka,” tambahnya.

Sementara itu, seorang peniaga air minuman, Ramli Samad, 46, berkata, setakat hari ini, beliau tiada masalah untuk berniaga di tapak pasar malam itu.

“Tak ada masalah, cuma bila projek sebelah siap (projek perumahan), kami semua akan berpindah ke tapak lain.

“Saya harap tapak baru itu lebih strategik,”katanya sambil memberitahu peniaga di situ telah dimaklumkan bahawa projek tersebut dijangka dimulakan pada Mac tahun depan.

Beliau yang sudah empat tahun berniaga di tapak itu, berkata, beliau bersyukur kerana hari ini (semalam), ada orang infak sebanyak 100 cawan minuman air milo ais bernilai RM300.

“Alhamdulillah, saya dah dapat bayaran penuh untuk infak ini,”katanya yang berharap dapat tutup gerai awal kerana banjir dilaporkan berlaku di kawasan rumahnya di Meru.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker