Warga emas patah tangan terlanggar bendera
Oleh Azrin Muhammad
KUBANG KERIAN – Tular di laman sosial mengenai seorang warga emas patah tangan dan cedera pada bahagian muka selepas dipercayai terjatuh dari motosikal akibat terlanggar bendera parti pemerintah kawasan berkenaan.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku ketika mangsa melintas Jambatan Gong Dermin di Pasir Tumbuh sebelum terbabas ekoran tidak sempat mengelak bendera yang terjuntai di situ, semalam.
Lelaki berketurunan Melayu itu tidak dapat mengawal motosikalnya, lalu jatuh menyebabkan muka pada bahagian kanan cedera agak parah termasuk patah tangan kanan.
Rata-rata netizen mengecam tindakan pihak yang terlibat kerana tidak mengendahkan keselamatan orang awam ketika membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dua minggu lagi.
“Siapa yang gantung bendera hijau putih tu baik mengaku cepat. Tolong bayar ganti rugi kepada mangsa,” kata salah seorang pengguna laman sosial Facebook.
You must be logged in to post a comment.