PRU15: Dinosor politik perlu undur, beri laluan muka baharu

 

PETALING JAYA – Beberapa ahli politik senior Barisan Nasional (BN) mengambil sikap tidak mempertahankan kawasan Parlimen masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Di Besut, Terengganu, pe­nyandang kerusi Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi tersebut sebagai tanda berundur sepenuhnya daripada politik.



Katanya, beliau sudah ber­puas hati dengan perkhidmatannya kepada masyarakat terutama di daerah itu sepanjang 27 tahun terlibat dalam politik.

“Persediaan untuk tidak dicalonkan dalam PRU telah dilakukan sejak 2013. Saya menyokong penuh calon baharu yang akan ditampilkan BN untuk PRU15.

“Saya akan turun padang berkempen untuk memastikan calon baharu terbabit terus mempertahankan Parlimen Besut yang merupakan kubu kuat BN,” katanya.

Sementara itu, di Jerantut, Pahang, penyandang kerusi Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang disebut-sebut sebagai calon boleh menang membuat keputusan tidak bertanding dalam PRU15 bagi memberi peluang kepada muka baharu.



Beliau yang telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen telah berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi menyatakan hasrat itu.

“Sudah sampai masanya saya berundur dan inilah masa yang tepat bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis,” kata­nya.

Di Sarawak, penyandang kerusi Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan, belum ada keputusan muktamad berhubung pencalonan pada PRU15.

Beliau bagaimanapun me­ngakui telah menyatakan hasrat tidak bertanding kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini.



“Saya akan bertemu sekali lagi dengan Abang Johari di Sarawak.

“Saya bukan jenis gila jadi calon. Saya lihat macam di Semenanjung, ada yang gila nak jadi calon. Kadangkala tak berkesan, tak pandai nak jadi calon pula,” katanya.

Dalam pada itu, di Melaka, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pemimpin UMNO diingatkan untuk tidak merajuk atau menentang sekiranya nama mereka tidak diumumkan sebagai calon dalam PRU15.

“Bagi yang terpilih kita minta kerja bersungguh-sungguh dan yang tidak terpilih, kita minta untuk terus menyokong calon yang diketengahkan parti,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker