Ustaz Kazim, abang jadi ‘seteru’ di Larut

#PRU15

Ustaz Kazim, abang jadi ‘seteru’ di Larut

Pendakwah Mohd Kazim Elias atau dikenali dengan gelaran Ustaz Kazim akan bertanding kerusi parlimen Larut di Perak.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mohd Kazim akan menjadi calon BN di parlimen itu.



Dia bakal berhadapan calon PN yang juga menteri dalam negeri Hamzah Zainudin serta calon PH daripada Amanah Zolkharnain Abidin.

Menariknya, Mohd Kazim secara tidak langsung akan berada dalam kedudukan berlawanan dengan abangnya, seorang pesara tentera Mohd Najmuddin Elias yang akan menjadi calon PN di DUN Batu Kurau.

Untuk rekod, Mohd Kazim pernah menolak pelantikan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada Disember 2013 oleh presidennya yang juga perdana menteri ketika itu Najib Razak.

Parlimen Larut merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.



Pada PRU14, Hamzah menang parlimen Larut atas tiket Umno sebelum keluar parti itu untuk menyertai Bersatu selepas PH menjadi kerajaan.

DUN Selama dan Kubu Gajah dimenangi wakil rakyat PAS pada pilihan raya umum 2018 manakala DUN Batu Kurau pula disandang wakil rakyat BN. Mk

Ustaz Kazim, abang jadi ‘seteru’ di Larut


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir



Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker