Fuad Rahman tak tahan diganggu mak nyah
Fuad Rahman tak tahan diganggu mak nyah
“Perempuan atau ‘shemale’ (transgender), berhenti mesej bukan-bukan.”
Itu permintaan penyanyi Fuad Rahman yang menerima bermacam-macam mesej berunsur gangguan dalam media sosial daripada peminat perempuan dan transgender atau mak nyah.
Katanya, perkara tersebut kurang disenangi terutama dalam keadaan isterinya, Tom yang sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertama mereka.
“Dia (Tom) sedang sarat mengandung. Nak minat boleh tapi jangan mesej yang tidak sepatutnya,” ujarnya dalam Instagram Story.
Pada masa sama, penyanyi asal Singapura itu turut berharap pihak berkaitan menghormati statusnya yang sudah memulakan kehidupan baharu bersama isteri tercinta.
“Tolong hormat keluarga saya,” tambahnya ringkas.
Dalam pada itu, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 38, yang kandungan sudah memasuki minggu ke-37 sempat berseloroh membalas status Fuad dalam platform sama.
“Tak mengapalah, kalau lebih-lebih nanti saya pula mesej suami mereka. Apa ada hal,” ulasnya ringkas disertai emoji ketawa.
Fuad dan Tom mendirikan rumah tangga di Batam Indonesia pada 26 Februari tahun lalu.
Sebelum ini, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga putera, manakala Fuad pula memiliki dua anak hasil perkahwinan pertama. K Online
Fuad Rahman tak tahan diganggu mak nyah
Baca Artikel Menarik:
- Pasangan YouTuber UK ‘bayar saman’ RM100 dicari
- Saya akan lawan musang berbulu ayam – Daim
- Daim hilang sebelah mata kerana jangkitan kuman
- Peminat kesal dengan ‘content’ baru Puteri Sarah
- Media Singapura dengki Malaysia seri dengan Korea Selatan
- Angka PN makin susut
- Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta
- Puteri Balqis nombor satu
- Perang saudara di Amerika Syarikat?
- Bersatu kian parah berpecah
- Istana paling seram dunia mula terima pelancong
- Cuba larikan isteri orang, lelaki parah dibelasah
- Tukar PM tiap tahun tidak jamin apa-apa
- Wallahi, tak betul – Peja
- Wan Saiful akui Bersatu kini hadapi ‘tentangan dalaman’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar
Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil
Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA