Anwar orang biasa saja – Peja
#PRU15
Anwar orang biasa saja – Peja
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menepis persepsi menggambarkan lawannya di Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai ‘orang kuat’.
Ahmad Faizal yang bakal mempertahankan kerusi Tambun yang dimenanginya atas tiket Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-14, yakin mampu memberi saingan sengit terhadap Anwar kerana yakin Presiden PKR itu hanyalah ‘orang biasa’.
“Pada anda mungkin dia (Anwar) orang kuat, tapi pada saya dia orang biasa,” katanya ringkas ketika ditanya peluangnya untuk menang bertemu Anwar yang disifatkan sebagai ‘orang kuat PH’.
Pada 20 Oktober lalu, Anwar yang juga Pengerusi PH, mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun dalam PRU-15, sekali gus akan bertembung dengan Ahmad Faizal yang menyandang kerusi itu ketika ini.
Pada PRU-14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN) dan Pas, selepas menerima 38,661 undi, dengan majoriti 5,320 undi.
Sementara itu, mengulas papan iklan tertera gambar Ahmad Faizal dengan tulisan ‘Never Lost in Tambun’ (Tidak Pernah Kalah di Tambun), bekas Menteri Besar Perak itu menjelaskan papan iklan berkenaan dipasang di Tambun oleh rakannya.
Papan iklan itu dipasang pada jejambat Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Jalan Tambun, sekali gus menghangatkan suasana kempen bagi kerusi Parlimen Tambun, khususnya menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.
“Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang tolong menaikkan papan iklan itu. Ini (dilakukan) oleh rakan-rakan yang pandai juga bergurau.
“Saya yakin maksud di situ ialah saya tidak sesat di Tambun kerana saya dibesarkan di sana. Mungkin orang lain datang, hati-hati kerana ada banyak jalan kampung yang banyak belok, jadi mungkin boleh sesat.
“Tapi kalau sesat cari saya,” katanya yang yakin sudah menjalankan khidmat sebaik mungkin sepanjang lima tahun bergelar Ahli Parlimen Tambun. HM
Anwar orang biasa saja – Peja
Baca Artikel Menarik:
- Annuar beri bayangan pertahan Ketereh atas tiket parti lain
- Tugas saya bantu BN menang – Khairuddin
- Pornografi punca pelakon Vaishali Takkar bunuh diri
- Kenapa Anwar membisu isu dana RM400 juta Melayu kena potong?
- Nik Amar ‘lipat’ Khairuddin
- Penduduk masih terkejut Anwar bertanding di Parlimen Tambun
- Tidak tercalon: Jika benar pejuang ‘otai’, mereka tidak akan sabotaj dan khianat parti
- Janji Manifesto ‘Kitab Suci’ Hanya Untuk Menipu Rakyat
- Tanpa Mahathir, Anwar dan Muhyiddin Malaysia tidak akan mati!
- Lembu, babi putus kepala dibaham pak belang
- Shahidan tutup bilik gerakan Arau
- ‘Raja playboy’ menuju ke perkahwinan ke 88
- Gadis tular yang ditumbuk didakwa sebagai adik, abang tumbuk kerana marah tinggalkan ibu sakit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir
Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’