Janji Manifesto ‘Kitab Suci’ Hanya Untuk Menipu Rakyat

#PRU15

Janji Manifesto ‘Kitab Suci’ Hanya Untuk Menipu Rakyat

Kenyataan Angkatan Muda Pakatan Harapan (PH) yang mendakwa manifesto gabungan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kali ini adalah ‘kitab suci’ dilihat hanya sekadar untuk mengaburi mata rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kenyataan tersebut nampak berbeza dengan bekas Perdana Menteri mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) ketika PH memacu pentadbiran negara selama 22 bulan.

“Ini umpama pencuri di siang hari. Awal-awal lagi sudah mahu jadi pembohong. Pemuda PH nampak berbeza dengan Tun M masa PH jadi pemerintah 22 bulan.

“Oleh kerana gagal menunaikan menunaikan janji, Tun M kata manifesto PH bukan kitab suci. Maknanya janji tidak semestinya ditunaikan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rengit itu turut berkata, Pemuda PH mengisytiharkan manifesto mereka sebagai ‘kitab suci’ dengan harapan agar pengundi memberikan semula kepercayaan kepada parti itu.

“Kali ini Pemuda PH isytihar manifesto mereka adalah ‘kitab suci’. Sebagai ‘kitab suci’ PH berharap pengundi akan percaya, maka apakah ‘kitab suci’ hanya kata-kata berniat jahat untuk mengaburi mata rakyat supaya percaya bulat-bulat janji PH.

“Antara janji baharu kali ini ialah ‘Kembara Siswa’, skim tiket penerbangan antara Sabah atau Sarawak ke Semenanjung pada kadar tetap RM199. Boleh percaya ke tu?” katanya lagi.

Menyingkap kembali sejarah pemerintahan kerajaan PH yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan, rakyat termakan dengan segala janji dan fitnah dilontarkan.

Perubahan yang terjadi tidaklah seperti yang diharapkan.

Sekitar Julai 2018, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa manifesto PH bukan ‘kitab suci’ yang wajib dipatuhi dan ditunaikan, sekaligus mencalarkan kepercayaan rakyat untuk memberikan mereka mandat sekali lagi bagi mentadbir negara.

Semalam, media melaporkan Angkatan Muda PH pada kali ini berjanji bahawa 25 intipati tawaran anak muda Harapan yang diketengahkan sebagai manifesto pada kali ini adalah ‘kitab suci’ serta menangkis dakwaan bekas Perdana Menteri mereka sendiri. – UMNO Online

Janji Manifesto ‘Kitab Suci’ Hanya Untuk Menipu Rakyat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker