BN Pulau Pinang tenang, tak kecoh soal calon – Musa
#PRU15
BN Pulau Pinang tenang, tak kecoh soal calon – Musa
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyifatkan keadaan politik parti itu di negeri ini tenang tanpa sebarang kekecohan membabitkan soal calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
Beliau yang juga Pengerusi UMNO negeri memberi jaminan tidak akan timbul pertelingkahan berhubung calon BN di negeri ini memandangkan mereka yang disenaraikan oleh bahagian untuk dipilih sebagai calon.
“Insya Allah saya bagi jaminan, saya ingat tak ada masalah di Pulau Pinang, keadaan politik di sini sehingga hari ini masih very cool (sangat tenang).
“Kita terima keputusan calon yang akan diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi malam ini kerana mereka dipilih daripada senarai nama yang dihantar oleh bahagian.
“Jadi tak ada masalah mereka (calon) nak lompat atau tidak puas hati dengan keputusan yang akan diumumkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pas Perjalanan Bulanan Keretapi Tanah Melayu Komuter Sektor Utara hari ini.
Mengulas lanjut Musa berkata, satu majlis khas memperkenalkan calon BN Pulau Pinang dijangka diadakan pada 3 November ini.
“Malam ini watikah perlantikan calon akan diserahkan kepada saya selaku Pengerusi BN negeri dan kita akan buat satu majlis di sini nanti.
“Dulu negeri yang umum tapi tahun ini ada perubahan sikit pucuk pimpinan putuskan untuk buat pengumuman di Kuala Lumpur,” ujar beliau.
Media sebelum ini melaporkan Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon-calon parti yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.
Menerusi sebuah surat jemputan yang dihantar oleh Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz pada Isnin, pengumuman tersebut dilakukan dalam Majlis Pengumuman Calon BN di Dewan Tun Husein Onn pada jam 8.30 malam. MG
BN Pulau Pinang tenang, tak kecoh soal calon – Musa
Baca Artikel Menarik:
- Kerjasama dengan Mahathir tak membantu, dia tak boleh tarik undi Melayu
- Rasa tiada harga diri jika kekal dalam perkahwinan – Ziana Zain
- Gelak Kak Lina serupa ‘Mak Lampir’
- Video perempuan dibelasah kenalan lelaki timbulkan kemarahan
- PKR hipokrit bila 2 menteri besar bertanding Parlimen – Asyraf
- Ismail beri bayangan manifesto BN ada ‘tawaran besar’ buat pengundi muda
- Rosakkan kolam Deepavali, lelaki dikecam
- Pemuda PH kata kali ini manifiesto adalah ‘Kitab Suci’, cukuplah sekali kena ‘kencing’
- Ahli PAS yang sayangkan MN sokong BN tolak PN – Dr. Khairuddin Aman Razali
- Amanah gigit jari, selepas Jerai, Changkat Jong pula jadi habuan DAP
- Naib Presiden Bersatu, Rafiq Naizamohideen sah letak jawatan keluar parti
- Bukan main sombong, ingat dia boleh menang, Mahathir bengang
- Padah tipu suami, dua wanita ditangkap khalwat lelaki Bangladesh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9