Topi keledar ‘hinggap’ kepala

Topi keledar ‘hinggap’ kepala

Ampang Jaya: Bahana mengeluarkan kata-kata kesat selepas berlaku perselisihan faham di sebuah restoran di Ampang Mewah, di sini, seorang lelaki cedera dibelasah suspek dengan topi keledar.

Kejadian berlaku pada 24 Oktober lalu, jam 5.30 pagi, ketika mangsa berumur 39 tahun bersama isterinya berusia 42 tahun datang ke restoran itu untuk minum.



Bagaimanapun berlaku perselisihan faham dengan suspek sebelum mangsa mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan pelanggan restoran itu bengang dan memukulnya dengan topi keledar.

Mangsa yang cedera di kepala dan tangan kemudian menerima rawatan di Hospital Ampang sebelum isterinya tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan suspek berusia 22 tahun di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang semalam.

“Punca kejadian adalah perselisihan faham dan tidak puas hati kerana mengeluarkan perkataan kesat.



“Ujian saringan awal kencing suspek dapati negatif,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya jika disabitkan dengan kesalahan. HM

Topi keledar ‘hinggap’ kepala


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?



Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker