‘Letupan’ mercun, kereta awam dibakar ‘perusuh’ di hadapan Stadium Indera Mulia

‘Letupan’ mercun, kereta awam dibakar ‘perusuh’ di hadapan Stadium Indera Mulia

IPOH: Selain bunyi letupan mercun sambung-menyambung, sebuah kereta awam telah terbalik sebelum dibakar sekitar 100 orang ‘perusuh’ yang bertindak agresif di hadapan Stadium Indera Mulia, dekat sini, pada Isnin.

Keadaan itu bagaimanapun berjaya ‘dikawal’ sepasukan anggota dan pegawai termasuk dari bomba serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba di lokasi sekitar 15 minit kemudian

Bagaimanapun, pasukan keselamatan berhadapan detik cemas apabila perusuh mula menyerang anggota keselamatan dengan membaling beberapa objek sebelum menyerbu ke arah mereka.

Namun, kehadiran puluhan anggota polis tambahan dengan menaiki jentera yang tiba di lokasi tidak lama selepas itu berjaya menyuraikan rusuhan selain beberapa individu daripada kumpulan perusuh itu ditahan polis.

Itu merupakan antara situasi dalam simulasi latihan amal Pasukan Unit Tempur Ringan atau Light Strike Force (LSF) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang dijalankan pada Isnin sebagai persediaan menghadapi fasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Simulasi itu mengambil gambaran keadaan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku semasa proses penamaan calon di sebuah kawasan Parlimen di Perak pada 5 November nanti.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, latihan yang dimulakan sejak 21 Oktober lalu itu melibatkan 1,567 anggota IPD Ipoh yang akan diatur gerak bagi penugasan sepanjang fasa PRU15.

“Latihan atau simulasi ini dijalankan lanjutan daripada kesiap-siagaan PDRM Kontinjen Perak untuk menghadapi fasa PRU15 tidak lama lagi.

“Jadi saya berharap daripada latihan yang diadakan di peringkat PDRM Kontinjen Perak dan juga seluruh IPD di negeri ini, ia dapat menambahkan lagi kesediaan anggota dan pegawai dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada PRU nanti,” katanya kepada pemberita sewaktu meninjau demonstrasi latihan simulasi itu.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak, Senior Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Luqman Abdul Rahman serta Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Sementara itu, Mohd Yusri mengingatkan semua pegawai dan anggota PDRM Perak untuk sentiasa bertindak profesional mengikut lunas undang-undang sepanjang tempoh penugasan PRU15 walaupun berhadapan situasi tertekan termasuk rusuhan.

“Ketika ini semua orang awam mempunyai telefon pintar yang boleh merakam gambar dan video pada bila-bila masa.

“Justeru, saya mengingatkan pegawai dan anggota untuk setiasa menjalankan tugas dengan profesional, berhemah dan berpandukan kepada undang-undang,” kata beliau lagi. Aw

‘Letupan’ mercun, kereta awam dibakar ‘perusuh’ di hadapan Stadium Indera Mulia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker