Gabungan parti politik selain BN masih celaru
#PRU15
Gabungan parti politik selain BN masih celaru
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa gabungan parti politik selain BN masih bercelaru, selain tiada hala tuju jelas buat rakyat dan negara.
Tegasnya, kestabilan dan kemakmuran begitu mustahak untuk diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya ia dapat menjamin masa depan negara dan rakyat yang lebih baik.
Lebih memburukkan keadaan, katanya apabila pihak lawan masih mencanang dakyah bersifat manipulatif dan berunsurkan kebencian sewaktu berkempen seolah-olah mereka tidak ada idea atau pendekatan lain untuk diketengahkan.
“Dunia diramalkan berdepan kemelesetan ekonomi global tidak lama lagi, maka nasib Malaysia dan anggota masyarakatnya tidak lagi boleh dipertaruh pada ketidakstabilan.
“Usaha dan rancangan Malaysia untuk bangkit sepenuhnya daripada impak pandemik juga tidak dapat dijayakan tanpa kestabilan dan kemakmuran.
“Cara berkempen dan cerita politik mereka masih berkisar politik kebencian, dendam, fitnah, manipulasi serta personaliti dan akan disusuli dengan janji-janji palsu sama seperti PRU terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menggambarkan situasi yang sedang menimpa gabungan parti politik lawannya, Presiden UMNO itu berkata mereka seolah-olah kelihatan seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.
Ini kerana, beliau berkata mereka masih dibelenggu dengan kezaliman yang pernah dilakukan terhadap pemimpin BN sehinggakan terdesak melakukan apa sahaja.
“Justeru jujurkah gabungan-gabungan politik ini memasuki arena PRU15 untuk berkhidmat kepada rakyat atau semata-mata ketagih kuasa dan bimbangkan kemenangan BN.
“Fahamilah BN satu-satunya harapan untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran yang akan memanfaatkan setiap anggota masyarakat tanpa mengira ideologi politik,” katanya. BH
Gabungan parti politik selain BN masih celaru
Baca Artikel Menarik:
- Kerjasama dengan Mahathir tak membantu, dia tak boleh tarik undi Melayu
- Rasa tiada harga diri jika kekal dalam perkahwinan – Ziana Zain
- Gelak Kak Lina serupa ‘Mak Lampir’
- Video perempuan dibelasah kenalan lelaki timbulkan kemarahan
- PKR hipokrit bila 2 menteri besar bertanding Parlimen – Asyraf
- Ismail beri bayangan manifesto BN ada ‘tawaran besar’ buat pengundi muda
- Rosakkan kolam Deepavali, lelaki dikecam
- Pemuda PH kata kali ini manifiesto adalah ‘Kitab Suci’, cukuplah sekali kena ‘kencing’
- Ahli PAS yang sayangkan MN sokong BN tolak PN – Dr. Khairuddin Aman Razali
- Amanah gigit jari, selepas Jerai, Changkat Jong pula jadi habuan DAP
- Naib Presiden Bersatu, Rafiq Naizamohideen sah letak jawatan keluar parti
- Bukan main sombong, ingat dia boleh menang, Mahathir bengang
- Padah tipu suami, dua wanita ditangkap khalwat lelaki Bangladesh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9