Shuib akui sedia untuk berkahwin semula
PELAWAK Shuib mendedahkan anak-anaknya ada menyuarakan hasrat untuk memiliki wanita yang boleh menjadi pendamping serta yang boleh menyayangi mereka seperti seorang ibu.
Menurut Shuib, keempat-empat anaknya dilihat secara zahir memerlukan seseorang yang dekat dengan mereka selepas lebih setahun kehilangan ibu mereka, Siti Sarah Raisuddin.
“Mereka ada masa rindu dan menangis mengenangkan ibu mereka.
“Ada kala mereka ada cakap best bila ada ibu baharu dan sebagainya. Saya tahu mereka memang faham apa yang berlaku tapi secara zahirnya saya dapat rasa mereka memerlukan seseorang.
“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan dan sebagainya sebab itu ibu mentua saya juga sering bersama mereka,” katanya kepada Astro Gempak.
Shuib ditemui Gempak ketika menghadiri program MeleTop yang dalam masa sama mempromosikan program terbaharu yang menonjolnya sebagai hos untuk Oppocot Next Level malam tadi
Justeru, kata Shuib, dia kini seperti seolah-olah sudah mula membuka hatinya untuk mencari seseorang yang boleh menjadi ibu kepada anak-anaknya.
“Sejak menjadi’ ibu’ dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda… kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu.
“Tapi kini bila masa dah berjalan… saya nampak mungkin dah ada ke arah itu. Cuma saya belum bersedia untuk berkongsi kepada semua buat masa ini.
“Perasaan tu tak boleh dipaksa suka dan sayang itu datang secara natural bila masa Allah bukakan hati itu kita tak dapat hendak mengawalnya,” ujarnya.
Apabila ditanya apakah ciri-ciri yang dilihat kepada wanita yang boleh menjadi isterinya kelak, Shuib memberitahu apa yang penting adalah kebahagiaan anak-anak.
“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.
“Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya.
“Ciri-ciri untuk saya tak berapa penting kerana bila dah ada anak keutamaan pada mereka yang sedang membesar.
“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi.
“Lagipun pilihan itu nanti yang akan sehidup semati dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti,” harapnya.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa akibat COVID-19.
Allahyarhamah melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan yang kini sudah berusia setahun melalui pembedahan tanpa sedar sebelum pergi buat selama-lamanya.
Tiga lagi anak mereka ialah Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lagi kuari dengan kaitan kerabat raja, politik di Selangor
- Pesakit cabut lari gara-gara insurans tak ‘cover’a>
- PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf
- Sejarah panjang Mahathir dan badan kehakiman
- Kenapa program Syed Saddiq sahaja yang kena kacau?
- Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli
- Nelayan bergaduh dengan Coast Guard Singapura
- Ceti samseng dari Singapura
- Mangsa Kemalangan Bermain Game Raih Perhatian Netizen (Video)
- Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan drama politik ‘cium mulut’ Mahathir-Anwar
- Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap umum keluar parti, sokong Barisan Nasional
- Haram berlakon solat dalam filem, drama
- Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.