Pegawai polis terkaya di Indonesia ditangkap

KETUA Polis Wilayah Jawa Timur, Teddy Minahasa Putra

KETUA Polis Wilayah Jawa Timur, Teddy Minahasa Putra ditangkap pada 14 Oktober lalu kerana disyaki terlibat dengan perbuatan menjual barang bukti dadah di negara itu oleh anggota-anggota polis Indonesia selepas melakukan siasatan setelah mendapat maklumat daripada para pengedar bahan terlarang itu.

Teddy, 51, yang memakai pangkat jeneral dua bintang dan pegawai polis paling kaya di negaranya ditangkap oleh anggota-anggota Bahagian Profesi dan Keselamatan (Propam) Polis Negara Indonesia pada waktu pagi iaitu empat hari selepas memegang jawatan Ketua Polis Wilayah Jawa Timur.

Dia yang sebelum itu merupakan Ketua Polis Sumatera Barat dipilih menggantikan Nico Afinta sebagai Ketua Polis Wilayah Jawa Timur setelah berlakunya insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang yang menyebabkan lebih 130 orang terbunuh pada 1 Oktober lalu.

Teddy ditangkap kerana dituduh menjual methamphetamine kristal seberat 5 kilogram (kg) yang dirampas dalam satu operasi dadah yang ketika dia masih menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Sumatera Barat dan digantikan dengan garam bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Kegiatannya terbongkar selepas para pengedar dadah memberitahu polis bahawa terdapat seorang pegawai polis berpangkat tinggi menjual methamphetamine kristal pada harga sekitar 400 juta rupiah (RM121,735) untuk satu kg.

Ia bermula dengan unit dadah Polis Metro Jakarta Pusat yang melakukan siasatan dadah dan mendapat maklumat tentang penglibatan Teddy dalam penjualan narkotik sebelum pihak berkuasa menangkapnya.

Dalam siasatan itu, sejumlah anggota polis juga terlibat dalam kegiatan penjualan dadah.

Sehubungan itu, Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo kemudian memerintahkan Bahagian Profesi dan Keselamatan (Propam) melakukan pemeriksaan terhadap Teddy sebelum dia ditangkap atas tuduhan menjual dadah.

KEKAYAAN LEBIH RM8 JUTA

Menurut Laporan Kekayaan Penganjur Negeri (LHKPN) melalui laman web elhkpn.kpk.go.id, sehingga 9 September 2022, nama Minahasa disenaraikan sebagai pegawai polis terkaya dengan jumlah kekayaan ialah lebih 29 bilion rupiah (RM8.8 juta) ketika menjadi Ketua Polis Wilayah Sumatera Barat.

Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada Listyo Sigit Prabowo iaitu Ketua Polis Indonesia yang mengisytiharkan mempunyai kekayaan berjumlah 8.3 bilion rupiah (RM2.5 juta) setakat Disember 2020.

Teddy juga memiliki 53 tanah dan bangunan di pelbagai kawasan di Indonesia dan mempunyai tiga buah kereta serta motosikal selain pernah menjadi Ketua Kelab Harley Davidson Indonesia (HDCI) bagi tahun 2021-2026.

Sebelum ini, dia pernah menjadi Ketua Polis wilayah Banten dan pembantu kepada bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Lampung.

Sebagai ketua Kelab Harley Davidson di Indonesia, Teddy dilaporkan mempunyai sebuah unit motosikal Harley Davidson selain memiliki sebuah Jeep Wrangler, Toyota FJ 55 dan Toyota Land Cruiser dengan kesemua kenderaan miliknya bernilai 2 bilion rupiah (RM609,033).

Dia dilahirkan di Sulawesi Utara pada November 1970 dan lulus dari Akademi Polis pada tahun 1993 dan pakar dalam hal-ehwal trafik dan pernah menguruskan lalu lintas di Jakarta dan bandar-bandar di sekitarnya.

Bagaimanapun, Teddy membantah tuduhan yang dibuat oleh polis menerusi sepucuk surat yang mendakwa dia ialah pengedar dan pengguna dadah, menurut portal Kompas.com dan mendakwa ditipu oleh seorang wanita bernama Anita alias Linda berhubung maklumat penyeludupan dadah seberat 2 tan melalui jalan laut.

Teddy adalah jeneral polis Indonesia kedua yang ditahan dalam tahun ini.

Pada Ogos lalu, bekas Ketua Hal Ehwal Dalam Negeri Polis Indonesia, Ferdy Sambo telah ditahan kerana membunuh anggota bawahan dan pengawal peribadinya, Brigedier Nofriansyah Yosua Hutabarat dan dia mungkin berdepan hukuman mati kerana melakukan pembunuhan yang dirancang.

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo ataun lebih dikenali sebagai Jokowi mengadakan mesyuarat pada Jumaat lalu dengan memanggil pegawai-pegawai kanan dari peringkat wilayah dan kebangsaan ke istananya yang mana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mereka diarahkan untuk muncul tanpa membawa apa-apa selain buku nota, telefon bimbit dan pembantu peribadi dilarang daripada menghadiri mesyuarat itu.

Mesyuarat itu berlaku di tengah-tengah skandal melanda pasukan polis seperti dakwaan Ferdy melakukan pembunuhan dan kejadian rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang yang telah mencalarkan imej polis negara itu.

Bagaimanapun, dakwaan Teddy menjual dadah yang merupakan barang bukti itu turut menggegarkan imej polis di mata masyarakat Indonesia baut masa ini. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker