Nak menang PRU-15? Jangan amik ringan kehendak pengundi muda

SHAH ALAM – Parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak boleh mengambil ringan kehendak pengundi muda.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, sekiranya parti-parti politik mahu memancing undi, kelompok pengundi muda ini perlu diberi lebih perhatian.

“Pada PRU14, masalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara yang menjadi faktor penarik kepada Pakatan Harapan (PH) pada waktu itu. Mereka mengemukakan idea dan penawaran yang baik untuk kelompok muda ini.

“Tetapi, kalau masih menggunakan modal mahu beri PTPTN percuma, saya rasa itu sudah tidak kena sebab pengundi mula bijak untuk buat penawaran seperti itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambah Mujibu, parti-parti politik boleh memikirkan idea dan dasar yang lebih kritikal dan praktikal untuk PRU15.

“Ini faktor terpenting dalam mana-mana parti mahu menawarkan apa jua manifesto kepada pengundi khususnya kepada pengundi muda,” ujar beliau.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, setiap parti politik perlu mengubah strategi mereka daripada budaya politik lama kepada pendekatan baharu yang boleh menarik pengaruh pengundi muda.

“Mana-mana parti politik yang tidak mampu merasai denyut nadi anak muda, mereka akan berhadapan laluan sukar. Mereka perlu ingat, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak sama dengan PRU15.

“Sekiranya parti-parti politik ini gagal mengenal pasti dan mengemukakan pendekatan politik baharu, saya khuatir mereka akan tewas di tangan pengundi-pengundi muda ini,” jelasnya.

Mohammad Tawfik bagaimanapun berkata, beliau masih tidak nampak parti-parti politik yang mahu bertanding bersungguh-sungguh menarik sokongan pengundi muda.

Pengundi 18 hingga 39 tahun bijak nilai pemimpin berkaliber, berintegriti Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, pengundi lingkungan 18 hingga 39 tahun bijak menilai keupayaan pemimpin bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Pengundi muda akan memilih pemimpin berkaliber dan berintegriti supaya semua janji-janji dalam manifesto dapat ditunaikan selepas menang PRU15, katanya.

Justeru, beliau berpandangan, hala tuju memilih pemimpin berdasarkan keupayaan mereka dalam menjamin keperluan asas rakyat agar dapat dipenuhi, adalah baik.

“Cukai rakyat harus dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk menjaga kebajikan. Namun, semua tugasan itu adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi tanpa disuruh apabila menjadi pemimpin.

“Apa yang semua orang muda mahu ialah pemimpin yang berkaliber dan berintegriti bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Ulas Kartini lagi, pengundi muda berusia 18 hingga 39 tahun juga mempunyai jurang usia yang besar, di mana keperluan dan kehendak mereka disifatkan tidak boleh disamaratakan.

“Bagi umur 18 tahun, kemudahan biasiswa atau pemberian komputer riba percuma adalah keperluan utama yang sesuai. Bagi lingkungan umur 26 hingga 39 tahun pula melibatkan peluang pekerjaan dan gaji minimum,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker