Penubuhan RCI Buku Tommy Bakal Bongkar Lebih Banyak Kedurjanaan Mahathir

Oleh Tun Teja

RAMAI yang terkejut dengan kenyataan Majlis Peguam mendesak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat dakwaan dalam buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berjudul ‘My Story: Justice In The Wilderness’.

Majlis Peguam tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menyahklasfikasikan dan mendedahkan laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Tommy sehingga mereka mahu RCI diadakan segera.

Untuk makluman, ini adalah pertama kali Majlis Peguam minta ditubuhkan RCI untuk menjalankan siasatan terhadap “orang mereka” ekoran tidak berpuas hati dengan laporan Pasukan Petugas Khas.

Walaupun pada dasarnya tuntutan majlis Peguam tersebut terbit dari rasa tidak puas hati pada laporan Pasukan Petugas Khas namun penubuhan RCI ini sememangnya sangat dialu-alukan.

Banyak perkara telah didedahkan dalam laporan Pasukan Petugas Khas. Rakyat tahu lebih banyak perkara boleh dirungkai lagi mengenai kedurjanaan Mahathir dan Tommy jika RCI ditubuhkan.

Oleh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri disarankan menubuhkan RCI dengan segera. Tambahan pula, Majlis Peguam turut mencadangkannya.

Memandangkan ini bukan perkara kecil, tetapi melibatkan integriti sistem kehakiman negara yang terpalit dengan pelbagai isu maka menjadi tanggungjawab besar kepada PM untuk menyelesaikannya.

Barulah rakyat yakin dengan kebolehan kepimpinan PM untuk menegakkan ‘rule of law’ bagi memastikan BN boleh terus memimpin negara dan memperbaiki kerosakan yang PH lakukan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker