JAS dedahkan 54 projek skala besar di Pulau Pinang tidak patuh EIA

BUTTERWORTH – Sebanyak 54 daripada 85 premis dan projek yang tertakluk di bawah aktiviti Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 di negeri ini didapati tidak mematuhi laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kebanyakan yang dikesan tidak mematuhi laporan EIA ini melibatkan premis dan projek berskala besar termasuk kuari yang sedang berjalan.

Menurutnya, antara pelanggaran EIA yang dikesan dilakukan pemaju adalah gagal memastikan projek yang dilaksanakan mematuhi peraturan ditetapkan dari segi pengurusan kualiti udara, air dan buangan terjadual.



Daripada 85 premis atau projek yang aktif dengan kerja-kerja di lapangan sedang berlangsung kita didapati hanya 36 peratus iaitu 31 pemeriksaan (projek) mematuhi EIA.

“Sebanyak 64 peratus atau 54 pemeriksaan (projek) tidak mematuhi EIA dan jumlahnya agak tinggi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar ‘EIA Role In Sustainable Development’ Sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Pulau Pinang di Seberang Jaya di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Sharifah Zakiah berkata, pihaknya telah mengeluarkan 23 kompaun, 16 notis arahan dan tujuh tindakan mahkamah turut diambil.

Beliau berkata, walaupun syarat kelulusan EIA ini terlalu banyak, namun menjadi keutamaan pihaknya dalam memastikan aspek pengurusan kualiti udara, air dan buangan terjadual dipatuhi kerana ia akan memberi impak kepada masyarakat sekeliling serta alam sekitar sekiranya dipandang ringan oleh industri.



Katanya, sekiranya pelepasan air dibuat tanpa mengikut syarat dan tidak membuat kawalan hakisan dan kelodakan di tapak ia boleh menyebabkan bencana alam seperti banjir berlaku.

Sementara itu, Sharifah Zakiah berkata, secara keseluruhannya, JAS negeri telah menjalankan sebanyak 1,265 pemeriksaan penguatkuasaan ke atas premis termasuk projek yang mendapat kelulusan EIA dari awal tahun ini hingga Isnin lalu.

Jelasnya, daripada penguatkuasaan keseluruhan yang dijalankan sebanyak 743 pemeriksaan (58 peratus) adalah patuh, manakala 522 pemeriksaan (42 peratus) adalah tidak patuh.

Tambah beliau, sebanyak 426 kompaun bernilai RM852,000 dikeluarkan terhadap pemilik premis dan 48 tindakan mahkamah diambil kerana melanggar peraturan ditetapkan.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu



PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker